Friday 30 May 2008

Membaikpulih Ekzos

Kerana terlalu rushing untuk pergi konsert Avril Lavigne, aku dengan pantas terus menuju ke Tinsley semata- mata nak betulkan ekzos kereta aku yang bunyi dah macam kereta rally (haritu bunyi kereta sport); dengan hanya berbekalkan tenaga daripada satu mangkuk cereal. Si Redza aka mekanik tu agak bagus jugak servisnya - jenis tak mengetuk customer. Dia siap tunjuk aku tempat scrapyard Rotherham supaya aku boleh pergi & dapatkan wheel nut. Oh ye, dia juga sempat tolong aku cabutkan 2 locking nuts yang memang sedia ada pada tayar-tayar sebelah kiri. Tak taulah memang sebab dia baik ataupun sebab nak suruh aku datang lagi tempat dia. Tapi secara general dia memang ok la. Aku datang sini pun sebab geng- geng Tinsley yang rekemen.

Photobucket

Struggle jugak si Redza & kawannya nak cabut ekzos cabuk aku. Bila dah tercabut ekzos buruk tu, aku rasa kalau aku sepak, berderai... memang dah tua nak mampus. Gasket lama yang melekat dalam tu xboleh nak dikeluarkan, so mamat tu padding dengan silicon je. Skru ekzos yang aku supply pun dia tak nak guna. So membazir jugaklah dua barang ekstra yang aku beli tu. Tapi tak pe, aku puas hati.

Performance? Memang ada sikit rasa "pergi" kereta aku. Serius rasa lain. Mula mula aku tak percaya yang ekzos boleh turunkan kuasa kuda. Rupa- rupanya betul. Nasib baik dah baru. Dah abis semua aku pun singgah rumah Saiful, pow aiskrim cendol dia sepam. Thanks bro!

Sekarang masalah wheel nut pulak. Tapi aku rasa ok je untuk tayar depan kanan tu, as long as ikat kuat-kuat, tak ada masalah kot- walaupun ada 3 je hehehe.. InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment