Friday 27 June 2008

Warna- Warni Malaysia

Photobucket


p/s: Sorry ye lama tak mengepost...

Thursday 19 June 2008

Aku Balik Hari ini

Kepada peminat blog aku (ada ke? hahaha) aku x sempat nak update beberapa story. Aku sangatlah busy sebab nak balik ni. mcm mcm benda kena uruskan. So nanti aku akan mengepost cerita2 yang tertinggal lepas sampai Malaysia nanti- itupun kalau la terjumpa internet... huhuhu..

Photobucket

Wednesday 18 June 2008

Pelancongan ke Amsterdam

Aku dan 13 orang kawan- kawan aku telah pergi ke Amsterdam. Ramai? Memang ramai. Memandangkan kitorang akan berpecah belah lepas ni (ada yang dah habis belajar etc), trip ni menjadi acara lepak melepak terakhir bagi kitorang. Urusan persiapan agak kelam kabut, maklumlah, ahlinya ramai.. nak centralizekan tiket semua memerlukan kesabaran.. Kitorang lepak kat sana selama 2 malam je. Tapi memang seronok. Memang puas hati. Bagi aku, melepak dengan kawan- kawan adalah benda paling best.

Photobucket


Kat sana, kitorang sempat mengayuh bot sewa merentasi sungai yang bercabang cabang. Bandar ni memang terkenal dengan sungai ataupun dipanggil 'canal'. Salah satu keunikannya adalah orang ramai tak naik kereta, tapi naik basikal. Kalau tak berhati- hati maka akan dilanggar oleh basikal. Oh ye, basikal diorang ni tak ade brek. Aku pun tak faham ntah macam mana mekanisma dia.

Korang layan je lah gambar gambar ni. Aku malas nak tulis panjang panjang.


Photobucket

Jalan raya Amsterdam ni tak lebar. Muat- muat je. Sebab diorang ni x berkereta sangat.


Photobucket

Yang ini kedai jual sayur kot. Tapi macam jual basikal..


Photobucket

yang ini no komen..


Photobucket

..antara muka- muka ahli rombongan


Photobucket

Orang melepak sambil menikmati pemandangan sungai yang beralun- alun..



Photobucket

Suasana malam. Cantik. Rasa nak beli bot buat rumah.


Photobucket

Semasa aktiviti menge-bot.


Tu je lah kot.. aku rasa memang best la trip ni. Sedih jugak sebab lepas ni aku dah tak dapat melepak dengan diorang. Siut aa korang. Tak payah aa balik, sambung la buat pHD 5 tahun.. he he.

Oh ye, post kali ini ditaja oleh....

Photobucket

..tembakau Jawa, TEMBACO.

Saturday 14 June 2008

Uih.. Bersihnya...

Photobucket

Disedut oleh dyson 08 animal

Thursday 12 June 2008

Perletakan Jawatan RGS Cleaner

Sekian sahaja Notre Dame School, aku terpaksa memberhentikan diri kerana tidak tahan dimaki, eh acah je, sebab nak balik Malaysia da.... Kepada kawan- kawan yang masih bekerja di sana, semoga berbahagia disamping nenek manager dan pakcik supervisor tersayang... dan kepada RGS, buang sahajalah rekod disiplin yang korang simpan akibat kes aku hari tu, dah tak valid lagi dah, aku bukan staff korang lagi hahahaha.... hail!

Photobucket

Wednesday 11 June 2008

Tips- Tips Mengatasi Masalah Kenaikan Harga

Kenaikan harga minyak telah menghantui semua orang. Boleh dikatakan setiap individu sibuk memikirkan cara bagaimana hendak menjimatkan penggunaan petrol. Ada yang sudah memulakan kaedah berkongsi kereta, malah tak kurang juga yang memilih untuk mengayuh basikal. Bagaimana pula bagi individu yang memiliki kenderaan dan juga seorang perokok; kerana rokok juga mempunyai sifat suka naik harga? Adakah perbezaan antara keduanya? Sila teliti perbandingannya di bawah:

Photobucket

Nota: Artikel ini TIDAK bertujuan untuk menggalakkan budaya merokok. TIDAK SAMA SEKALI.

Tuesday 10 June 2008

A Very Busy (post-exam) Weekend

Yeah.. weekend yang penuh dengan aktiviti dan stress.

Jumaat 6 Jun - Pergi ke rumah Kudo bersama Aboo & Pijo - tolong pasang komputer baru Quad Core dia. On the way, tayar kereta flat. Tuka tayar spare di BP. Pukul 5 pagi baru settle selepas mengatasi beberapa masalah tekinikal. Sempat tidur 1 jam.

Photobucket

Sabtu 7 Jun - Tidur dikejutkan oleh pakcik Royal Mail pada pukul 8.47 pagi. (dammit!) Disebabkan aku tau barang tu barang aku, terpaksa bangun dan straight ke kedai tayar. Hampir di 'ketuk' oleh abang kedai tayar tu. Beliau mengatakan paku tersebut tayar tersebut tidak boleh dibaiki. Bahaya katanya. malah beliau mencadangkan supaya membeli tayar baru £34.00. Banyak cantik kau punya muka! Pasrah dengan situasi, aku terus ke Tinsley untuk membetulkan wheel stud yang dah hilang thread. Dah la dengan tayar spare yang bising dan x boleh bawak lebih dari 50 mph, aku boleh tersilap jalan dan masuk M1. Tayar berjaya ditampal oleh abang kedai Budget Tyre tanpa banyak soal dan sikap ketuk- mengetuk pelanggan. Jadi sesiapa yang nak tampal tayar, pergi ke sana. Semua masalah hari tu selesai dengan kos berjumlah £45.00.

Photobucket


12:00 tengah hari - Menuju ke carboot Junction 29 seorang diri (kalau Kudo baca ni mesti gelak). Berjumpa la 2-3 orang melayu. Tanpa membeli barang yang sepatutnya dibeli, aku blah selepas kurang daripada satu jam. Pemandangan kat situ agak cantik jugak.

Photobucket

Photobucket

3.00 petang - Singgah di rumah Kudo untuk mem vakum kereta yang dah macam tong sampah. Maklumlah si Kudo ni ada Dyson. Sempat jugak mengelap dashboard sampai kilat.

4.00 petang - Balik ke rumah dengan perut yang lapar. Tarik paip dan terus basuh kereta. Alang- alang interior dah bersih.....

5:40 petang - Memulakan perjalanan ke Manchester untuk hantar member ke Manchester Airport.

Photobucket

9:40 malam - Agenda seterusnya pergi ke rumah pegawai MSD yang x dikenali. Konon- kononnya nak ambik tiket flight (ni plan si Dee ni). Handphone habis bateri - GPS x hidup - sesat banyak kali. Sempat mengantoikan rupanya husband dia orang Merlimau. (network bagus nih heh heh) Borak punya borak, kabel punya kabel, pukul 2 pagi baru bertolak balik dengan kemengantukan yang amat sangat.

Ahad 8 Jun - 3:15 pagi - Sampai di Sheffield. Alhamdulillah. Azhar & Ady dtg pinjam kereta. Aktiviti melepak separuh sedar diteruskan sehingga 6 pagi yang mana penutupnya Dee masak nasi lemak. Habis semua, straight balik rumah dan tidur.....

8:00 malam - Mengisi perut di Siam Inter Thai.

Photobucket

Thursday 5 June 2008

Minyak Minyak Minyak

Sedang kecoh minyak akan naik bulan 8, tiba tiba Pak Lah pun umumkan minyak naik serta- merta. Lagi Kecoh. Tu tak masuk lagi kekecohan respon Melayu- melayu Sheffield. Melayu Malaysia apatah lagi? Kadang- kadang nak komplen pun tak boleh jugak, dah nama pun subsidi, pun dah kira ok la kan. Daripada tak ada langsung? Tapi, kenaikan minyak ni akan memeritkan semua orang, kecualilah orang-orang kaya gila babi. (yeke?)

Bagi aku, aku belum lagi boleh nak rasa macam mana hidup tersiksa dengan kenaikan minyak. Ye la, duduk pun kat UK, kerja pun belum, kahwin pun belum, apatah lagi nak ada anak, family.. Tapi mak aku, abang aku, kakak aku dan sebagainya akan rasa. Macam mana agaknya diorang nanti eh. Aku tak dapat nak bayangkan.

Benda yang paling merisaukan aku bukan minyak tu sebenarnya, tapi bahan makanan dan benda benda yang lain yang naik harga sebab minyak naik. Bukan pasal nak sumbat minyak dalam tank, tapi nak sumbat makanan dalam perut. Saat saat macam ni, aku tiba tiba jadi takut. Ada 2 tahun lagi sebelum aku nak mulakan hidup kat Malaysia. Macam mana ekonomi Malaysia masa tu nanti, kalau sekarang pun dah macam ni. Dah la aku ni malas belajar, result teruk. Nanti degree sampah, dapat kerja apa? Angkat sampah? Cukup ke nak sara diri? Cukup ke nak mulakan family? Kena ada backup plan ni.

Hish.. makin fikir makin takut. Baik jangan fikir. Hehehe. Ni semua minyak punya pasal.

Tuesday 3 June 2008

Coming back to DLApiper (OCS Cleaning)

Being a cleaner is such a hybrid of happiness + laziness. Why? Because one must facing this kind of lazy feeling to get some extra money (happy). I got a call from my very good – old time friend, Amru last night asking for my help – covering his morning task at OCS cleaning sub DLAPiper (Level 4). Considering lots of money has been spent on last week (fuel, shopping, car maintenance bla bla bla), this money factor automatically beat my “laziness”. Agreed. Even susah nak bangun pagi. Lemah rasa badan.

Photobucket

For that bloody £12 + tolong member punya pasal (the latter is more significant!), I woke up at 5:50 am, siap-siap lebih kurang then straight to the place. I was kind of suprised when the supervisor, Joyce didn’t remember me. Fair enough, I was just a sub-cleaner after all heh heh. And the last time I’ve been there was last Easter holiday. Down to the main storeroom, pasrah because my favourite ‘backpack-style-hoover’ has gone – somebody took it first. Ambik yang lain lah!

Two and half hours of cleaning at DLApiper gave me some new environment. Compared to the old-skool (or school?) RGS site brought nothing unless tediousness caused by repetition (been working there since +/- a year ago). Ahhh, I want to go back home. Not 89 Monmouth, but J6831 Teratak Pinggir, 77300 Merlimau, Melaka, MALAYSIA. 17 days to go. Damn.

Sunday 1 June 2008

Shopping@York

Sekali lagi aku ke York (1st pada 2007). Konon- konon nak beli souvenir semua. Last- last beli satu barang orang + satu bag nak buat hand luggage je. Appara...

Photobucket
*melepak di Starbuck