Tuesday 13 October 2009

Kenny, Mana Kau??



Asalamualaikum !!!

Hari ni genaplah 116 hari ataupun 3 Bulan 24 hari aku tak mengepos. Ke mana aku? Biasalah, alasan biasa, busy beb! (masa kat uk) dan tak ada internet! (masa kat Malaysia) Serius aku tak tipu. Kepada pengunjung- pengunjung yang setia (ada la purata 7 orang dok bukak tiap2 hari) terima kasih la ye hehehe

Ok la sebab lama sangat dah tak update, aku nak bagi tau la ape dah jadi selama ni....

Sejak habis final exam, aku teramatlah sibuk, dalam sibuk- sibuk tu tu pun aku sempat :


.....round round satu Italy

Photobucket



..... pusing- pusing Netherland (again!), Belgium, Luxembourg & German macam biasa la dengan klik klik nih.

Photobucket



....merayau ke selatan England sambil memandu ala ala road trip la konon;

Photobucket



.....buat BBQ farewell secara besar - besaran siap dengan karaoke skrin besar walaupun bebudak yang datang tak lah ramai isk isk

Photobucket






Layan je la klip video tu sebagai kenang kenangan sambil tersengih!


Memandangkan masa- masa ni dah nak balik Malaysia, maka kitorang juga bertungkus lumus mengotakkan barang barang untuk di shippingkan secara last minute, mengemas rumah secara last minute dan sebagainya

Photobucket


.....juga masih sempat lagi bergegas- gegas menaiki The Wheel of Sheffield sebagai kenangan terakhir yang kebetulan baru dipasang...


Photobucket



Oh hampir terlupa. Aku nak bagitau yang aku dan rakan-rakan seperjuangan SUDAH BERJAYA GRAD!!! Mampu jugak rupanya aku ni ye setelah onak ranjau ditempuhi hehehe... Alhamdulillah & thanks to Wolley, lecturer dan kawan-kawan semua...

Photobucket



...dan aku juga telah membeli sebijik kereta Mazda 6 (biasa je, bukan BMW/Merc pun..)untuk dibawa pulang sebagai kereta... 'kereta' la kan, takkan le sebagai 'spare part' je hehehe - sebagai usaha mengelakkan diri membayar hutang kereta dan bunga- bunganya selama sembilan tahun! Walaupun begitu, ianya masih tersadai di Port Klang kerana urusan yang lembab. Maaf ye.


Photobucket


Nombor plate MT02 WTF. Smart tak? Astaghfirullah.



Pada 1/8/2009 aku pun balik la ke Malaysia bersama Sham dengan sedihnya meninggalkan Ronjers kesorangan di rumah sewa kami... Sorry Ronjers.


Photobucket


Gile kau, sedih woo time nih isk isk. Lagi sedih bila aku teringat- ingat masa kitorang:


Main kad - cukup susah nak ajak Aboo main. Ronjers pulak selalu pegi toilet padahal bergayut.

Photobucket


Main Monopoly - geram bila ada sorang mamat tu asyik dapat nasib baik je. Pembohong betul dadu tu.

Photobucket



Gulung rokok sama sama - banyak dah anak murid aku yek..


Photobucket



Makan - Tak kisah la beli ke , masak sendiri ke, pancing orang masak ke. Rindunya terkenang ayam Rajas, sweet sour chicken Noodle Inn, nasi lemak Aboo, kari Sham, Lasagna Ronjers, mee goreng belacan Kudo etc etc

Photobucket



Pekerja- Pekerja Cleaner RGS - yang sama-sama membanting tulang

Photobucket



Ok la, itu je lah informasi yang dapat aku bawakan buat masa ini. Iye, post kali ni memang panjang pasal nak cover 3 bulan lebih punya! Kepada kawan- kawan semua, jangan la lost contact ye. Berkabel- kabel la untuk masa depan yang cerah huhuhu..

Sila la tinggalkan komen, jangan segan- segan.