Saturday 31 May 2008

Goodbye HUBs

Photobucket


Last working day for this academic year for me. Stil got 23rd June but I wont be in England. 'Kaz' received his hadiah kenang- kenangan today. He is the only 1st-batch part-time cleaner left; and now he is leaving. Hail.

See you in October 2008.

Friday 30 May 2008

Menonton Konsert Avril Lavigne

Ha ha ha.. aku masih ingat tahun 2002, masa aku form 5, lagu lagu minah ni asyik kedengaran di radio dan jugak di walkman member- member sekolah. Siapa dia? Avril Lavigne. Umur sebaya dengan aku. Sebab tu kot aku boleh tersangkut.. Xde la, lagu dia pun boleh tahan jugak best - walaupun minah ni agak poyo. Imej punk la, skate la. Aku x peduli, asalkan dia cun huhuhu.. (solek atau tak belakang kira!).

Dua tiga tahun lepas tu, boleh dikatakan setiap album dia aku ada. Walaupun aku beli cetak rompak, tapi boleh dikatakan setiap yang rare track mahupun records yang wujud sebelum dia jadi artis pun aku ada. Boleh dikatakan semua lagu dia aku "tahu". Cuma satu je belum - tengok performance live. Dan tahun 2008 ni, dapat jugak aku merasa. Aku sebenarnya pelik kenapa tour ni lambat datang UK sebab kat Europe countries lain dia lama dah pegi. Tapi xpe, yang penting dapat. Kitorang pilih Birmingham - NEC Arena. Sebab? Sebab tarikh dia. Nak ambik yang lain takut clash dengan exam - bebudak ni la, aku takk..

Dengan alasan konsert ni la aku 1st time driving jauh dengan kereta aku. Kebetulan pulak (seperti pos sebelum ni) ekzos aku buat hal. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Keempat- empat manusia yang terlibat termasuk aku masih lagi bernyawa dengan sihat walafiat.

Photobucket

Mula- mula perasaan nak melompat terkinja- kinja macam beruk meluap- luap, tapi last- last hilang. Sebabnya, walaupun crowd malam tu ramai- tapi ntah, macam xsemangat je. Nak melompat pun segan. Chiess... Padahal ni la artis yang lagunya aku tau semua, tak macam konsert- konsert lepas, yang kebanyakkannya aku membatu mulut terkumat- kamit tak tahu apa.

Photobucket

Generally, ok la minah ni nyanyi - far better dari konsert tahun pertama dia jadi artis- out. Cuma ada 2-3 kali dia offkey, bebudak ni kata la, aku tak perasan, heh. Kali ni dia ada pulak main drum dan ada jugak salah main, pun bebudak ni kata dan aku tak perasan. Gile aku ni. Kalau konsert orang lain aku selalu tengok jam (bila nak abih ni??) tapi yang ni aku tak tengok jam pun. Gile kan?

Photobucket

Seronok tengok minah ni melalak, teringat pulak yang dia ni dah kawin. Cilakak. Ape boleh buat- kalau dia belum kahwin pun macam la aku boleh mengorat kan.. Walaupun tak puas tengok Avril secara live, kitorang pun balik la ke Sheffield. Kudo dan Farid boleh pulak tersalah exit malam tu- dan diorang sangkut dalam jam hampir 2 jam. Kitorang sempat abis makan kat Lahore, diorang belum sampai.

Sekian saja kisah bini orang. Gambar aku songlap dari Kudo. Sorry & thanks hehehe..

Membaikpulih Ekzos

Kerana terlalu rushing untuk pergi konsert Avril Lavigne, aku dengan pantas terus menuju ke Tinsley semata- mata nak betulkan ekzos kereta aku yang bunyi dah macam kereta rally (haritu bunyi kereta sport); dengan hanya berbekalkan tenaga daripada satu mangkuk cereal. Si Redza aka mekanik tu agak bagus jugak servisnya - jenis tak mengetuk customer. Dia siap tunjuk aku tempat scrapyard Rotherham supaya aku boleh pergi & dapatkan wheel nut. Oh ye, dia juga sempat tolong aku cabutkan 2 locking nuts yang memang sedia ada pada tayar-tayar sebelah kiri. Tak taulah memang sebab dia baik ataupun sebab nak suruh aku datang lagi tempat dia. Tapi secara general dia memang ok la. Aku datang sini pun sebab geng- geng Tinsley yang rekemen.

Photobucket

Struggle jugak si Redza & kawannya nak cabut ekzos cabuk aku. Bila dah tercabut ekzos buruk tu, aku rasa kalau aku sepak, berderai... memang dah tua nak mampus. Gasket lama yang melekat dalam tu xboleh nak dikeluarkan, so mamat tu padding dengan silicon je. Skru ekzos yang aku supply pun dia tak nak guna. So membazir jugaklah dua barang ekstra yang aku beli tu. Tapi tak pe, aku puas hati.

Performance? Memang ada sikit rasa "pergi" kereta aku. Serius rasa lain. Mula mula aku tak percaya yang ekzos boleh turunkan kuasa kuda. Rupa- rupanya betul. Nasib baik dah baru. Dah abis semua aku pun singgah rumah Saiful, pow aiskrim cendol dia sepam. Thanks bro!

Sekarang masalah wheel nut pulak. Tapi aku rasa ok je untuk tayar depan kanan tu, as long as ikat kuat-kuat, tak ada masalah kot- walaupun ada 3 je hehehe.. InsyaAllah..

Thursday 29 May 2008

Ekzos standard bertukar jadi ekzos "sport"


Photobucket

Makin hari, ekzos aku makin bising. Aku jadi pelik. Tapi bunyi dia sedap. Rupa- rupanya, dia dah bocor. Makin lama makin besar. Sabtu yang lepas - selepas gagal mencari workshop yang bukak, aku pun menge -jack kereta aku- konon kononnya nak betulkan sendiri. Malangnya, aku rasa aku tak mampu nak buat. Aku akan memerlukan jack yang boleh raise lagi tinggi daripada jack standard. So aku pun decide untuk mengorder barang then hantar ke kedai Iran kat Tinsley. Tapi barangnya belum lagi dapat.. Pening aku, esok nak pegi konsert Avril Lavigne ni..huhu

Tuesday 27 May 2008

Ekspressi keMALASan

Semalam aku betul- betul terasa malas. Maka terus tercipta satu wallpaper untuk menyedarkan diri sendiri. Kepada kawan- kawan yang ada rasa malas menebal dalam jiwa, sila- sila la menggunakan wallpaper ni. Tiada hakcipta. Maaf bahasa agak kasar. Memang kena "kasar" sikit untuk orang- orang degil huhuhu..
Photobucket
*aik.. malas- malas pun rajin buat wallpaper yek....

Sunday 25 May 2008

Tranformasi Layout ke-2

Photobucket

Sekali lagi aku menukar layout site ni kepada sesuatu yang lebih dark dan mengancam. Bagus betul kalau pandai main HTML. Bile la nak master agaknya.

Tuesday 20 May 2008

Objek Makro

Sungguh takde idea nak tulis apa.. Ni semua benda- benda mengarut yang aku snap pakai kamera handphone time bosan & tak tau nak buat ape.. Ala aku bukan pandai sangat pun ambik gambar..

Photobucket

Monday 19 May 2008

Koleksi Makan (Tak Abis Abis Makan..ceh)

Hmm.. kat sini aku kumpulkan koleksi koleksi makan yang dah tertinggal sebab banyak sangat gambar aku ambik. Gambar gambar ni saja je nak buat kenang- kenangan sebab makin hari makin ramai kawan kawan blah...

Tempat-tempat makan ni semua kat Sheffield. Semua tempat dalam gambar ni 1st time aku datang. Not bad jugak Sheffield ni sebenarnya. Kalau nak ikutkan, hobi selalu makan kat luar ni boleh mengopakkan duit. Aku pun xde la suka sangat cuma dah orang ajak, pergi je la kan.. aku pun memang gemar melepak- lepak nih.. dan maka tak lama lagi kopaklah duit aku.. Aduss

Photobucket

Barang Atas Meja Saya

Gambar ini diambil beberapa hari yang yang lalu menggunakan kamera D-SLR Kudo; ketika Kudo tengah tidur. Aku saje je ambik gambar ini tanpa ada motif tertentu. Korang boleh la saksikan barang - barang peribadi yang bersepah- sepah kat atas meja komputer (atau meja stadi??) aku. Cuba korang bayangkan, kalaulah aku ni artis pop popular Hollywood, mesti dah jadi cover depan majalah~ hehehe..

Photobucket

Mati Bermaruah

(Dipetik daripada Blog Ujang (Creative Enterprise)

HAK MILIK KARYA INTELEK

Posted in Uncategorized by Ujang on the April 10th, 2008

Sejak beberapa tahun lalu saya sudah memulakan kempen hak milik karya intelek agar di perjuangkan dan di ambil perhatian.Hanya seketika Rangkaian televisyen Nasional mengiklankan tentang usaha yang serupa dan menghebahkan betapa perlunya hakmilik karya intelek ini di beri perhatian.Beberapa kempen penerangan di jalankan dan kaunter khidmat nasihat serta rundingan berkenaan Intelect property ini di ujudkan dalam beberapa ekspo perdagangan yang saya hadiri….dan kini ianya beransur-ansur senyap sebagaimana kempen-kempen yang lain di malaysia yang lemah dari segi penguatkuasaan.Namun saya akan tetap bercakap dan terus bercakap di setiap ruang dan kesempatan tentang perlunya hak-hak pengkarya ini di lindungi dan di ambil perhatian baik melalui media cetak mau pun elektronik kerana di zaman ini perompak sudah berani merompak secara terang-terangan dengan memanipulasi undang-undang.Lawan tetap lawan biar pun kita akan mati sebagai seorang yang miskin. Lebai suman dah pesan-`Biar mati miskin tapi bermaruah dpd mati kaya tapi semua duit rasuah`

*Artikel ini adalah hakmilik penulis asal, Ujang.

p/s: Aku suka ayat yang last tu:

Photobucket

Thursday 15 May 2008

Dari Mekanik ke Tukang Cat...

Photobucket
...tapi hasilnya tak begitu memuaskan sebab berbelang belang; banyak sangat area aku cover. Maklumlah 1st time. Maybe next time boleh buat lagi cantik kan? Oh ye,kalau korang ada terpikir nak buat benda ni, spray cat boleh dibeli online kat paint4u, kertas pasir & simen semua boleh beli kat Halfords. Yang penting usaha + tahan sabar bila orang lalu lalang tengok korang buat kerja. "Ape pandang- pandang?"

Wednesday 14 May 2008

3 tahun, 1 bulan, 3 hari, 13 jam, 45 minit, 42 saat selepas daripada gambar sebelum ini

Photobucket

Waktu yang berbeza, lokasi yang berbeza; cuma watak dan perbuatan yang sama.

Monday 12 May 2008

Aku kena start study

"orang lain dah maju ke depan, kau bila lagi?"
"ada orang x boleh ubah masa depan dia, kau boleh"
"kalau kau tak dapat degree, kau kena bayar balik RM 500 000"

Photobucket

Photobucket

Gambar dipetik dari album lama masa di Kolej Mara Banting

"kau boleh buat dulu, kenapaa sekarang tak boleh?"


Sekian sahaja mesej untuk orang yang malas belajar macam aku.

Kebaikan Musim Panas

Cuaca sudah panas.. maka bolehlah jemur baju kat luar. Tali ampaian tu mana entah aku jumpa aku pun tak tau. Bukan apa, selama ni asik guna dryer - baju jadi kedut + kecut. Aku nak balik Malaysia!

Photobucket

Pakcik Kren Mengangkat Skip

Korang rasa menarik ke gambar ni?

Photobucket

hmm Memang tak menarik pun..

Saturday 10 May 2008

BBQ di Rumah Amru

Photobucket

Sempena musim panas yang menjelang, Amru n d gang telah pun mengepalai majlis BBQ di rumahnya. Agak ramai manusia yang hadir, dan mungkin sebab itu jugaklah makanan tidak berapa cukup (salah budget). Ataupun mungkin wujud individu yang makan banyak. Mungkin... Menunya macam biasa lah, ayam etc. Apa yang menarik adalah aktiviti sosial seperti BBQ ni dapat memberi peluang warga warga Sheffield bertanya khabar sebab dah lama tak nampak muka - tak tau la apa sebabnya he he he. Itu la yang best sebenarnya. Dan aku pun sedar bahawa ada beberapa manusia yang aku sendiri pun tak kenal - terutama budak-budak 1st year... Thanks kepada pihak organizer dan Izad yang merakam gambar (sampaikan muka aku meng 'ngap' ayam pun ada...

Tuesday 6 May 2008

Menukar Minyak Hitam

Dua hari lepas, aku check minyak hitam. Kering rupa-rupanya. AKu pun macam biasa pergi ke Halfords membeli minyak hitam. Ingatkan nak beli cap Halfords je, tapi ada pulak Castrol ni offer 20% - jadi sama harga. Sambar je la. Sekali dengan oil filter. Ingatkan semua berjalan lancar dengan kelengkapan yang ada.. Malang sekali rupa- rupanya drain plug nut aku loose. Rugi minyak mahal yang aku baru tuang. Disebabkan itu aku terpaksa bekejar naik bas pukul 345 dengan kereta tersadai kat belakang Holbery Close. Risau jugak sebab tools semua ada dalam kereta. Habis je kerja aku pun mintak tolong Kazman tolakkan Civic aku ke depan. Dengan jasa baik basikal Amru, aku pun berkayuh ke Halfords untuk nak beli drain plug baru petang itu jugak. Memang penat. Bila semua barang dah ada aku pun mem projek kan kereta aku tu dengan bantuan Pijo (dia kena hantar projek final year besok hehehe). Akhirnya siap jugak la proses menukar minyak hitam untuk K262 OWS.

Photobucket

Castrol Magnetec - "MELEKAT BAGAIKAN CICAK!"

Monday 5 May 2008

wajah baru ala- rally

Monday Bank Holiday 11am - 6pm: basuh (bersih) - color restorer (cantik) - wax (berkilat)

Photobucket

Saturday 3 May 2008

Majlis Makan Tengahari Kecil- Kecilan Tinsley

Zahuri ajak geng geng bujang makan di rumahnya. Menu utama laksa Sarawak oleh Kak Pah. Ada juga persembahan muzikal ala kadar. Zahuri telah menyampaikan tazkirahnya sehingga pukul 8 malam - dan selepas itu barulah aku, Kazman, Pijo, De'e, Tengku, Lokman & Sam dapat balik. Terima kasih kepada Zahuri dan Kak Pah.

Photobucket

Nanti kami datang lagi bawa perut spare.