Tuesday 29 July 2008

Mencemarkan Udara

Tak ade apa apa yang special.. cuma aku kait daun kering dan bakar daun tersebut.

Photobucket

Thursday 24 July 2008

Yang 2 Tahun Ku Tinggalkan

Photobucket

Hu.. rindu betul dengan bilik aku ni- bilik yang aku dengan abang aku transform daripada 'KAMAR BACAAN' (label yg arwah ayah aku letak kat pintu 23 tahun lalu) kepada yang ada sekarang dengan duit kitorang sendiri. Tapi sayang, masa aku balik hari tu bersepah nak mampus, macam - macam junk telah disumbatkan oleh sape tah. Blind rosak, sampah banyak. Eiii.. nak harapkan abang aku, dia dah keje kat JB. Akhirnya dengan penuh kasih sayang aku pun kemas la balik - ambik masa 4 hari beb! Semua benda aku repair termasuk wiring custom yg aku buat dulu tanpa mendapat sijil TNB he he he.. Sekarang dah bole tido dengan aman semula.. kroih kroih kroih..

Photobucket

Sunday 13 July 2008

Jumpa Kawan Lama Dalam Keadaan Terpaksa

Suatu malam, di tengah tengah MRR II aku menaiki kereta Proton Iswara Robocop milik kawan aku bernama Che Nas bersama-sama Che Nas sendiri, Boyan dan Sedut sebagai pemandu. Kami baru sahaja pulang dari Canai Cafe, Subang Jaya untuk makan malam.

Sedang dalam perjalanan, aku mendapat SMS dari seorang kawan lama bernama Rico

"dude,sori gua tlelap blk keje td.br bgn.lu ada cal td?"

"ada td haha xpe org dh keje skg haha"

"lu ada mana skang ni?"

"Skg kt jelatek, on d way ke sri petaling.knape bro?"

"lpak NZ ka td?esk abes keja gua calling lu smula la k?gua sori btol,abes keja td gua gone trus.pnat siyal.sori btol bro"


"xpe a rico, aku sbnrya nak blah pg besok,xsmpt la nak jmpa, lain ka.....


Blum sempat aku habis me-reply sms, tiba- tiba kereta kitorang berhenti. Aku tanya Sedut, kenapa, lalu jawab si Sedut;

"minyak habis. Alamak nak mintak tolong siap ni? Xde orang dah ni. Tak kan nak suruh bebudak Subang turun?. Che Nas ko ada kwan- kwan lain tak kat sini? Bapak ko ke?"

"Takde. Takkan aku nak suruh bapak aku kot, ni dah dekat pukul 3 pagi ni" jawab Che Nas

Lalu aku pun mengcancelkan SMS tadi dan terus menelefon Rico meminta bantuan untuk membawa minyak petrol kepada kitorang... he he


"da nmpk.lpak jap,uturn" balasan SMS dari rico 15 minit kemudian..

Lepas kejadian tu aku pun bawak Rico pegi minum kat Ampang, dan menghadiahkannya sekotak Dunhill 20's sebagai tanda penghargaan. Hai.. tu la dah la meter minyak rosak, isi la minyak banyak banyak sikit. Appara. Eh lupa minyak naik harga, mana boleh isi minyak banyak- banyak iye tak?. Ni semua minyak punya pasal!!

Photobucket

Saturday 12 July 2008

Majlis Berkampung

Photobucket

Entah apa ntah maksudnya, aku pun tak tau. Tapi tu la yang di organize oleh abang aku dan kengkawannya. Majlis ni konon- kononnya sebagai satu persediaan la untuk majlis kahwin dia bulan lapan nanti. Tapi yang nyata, aku, mak aku dan abang2 aku yang lain sangat le penat buat macam- macam kerja. Lauk malam tuh boleh tahan la bestnya seperti daging masak asam. Memang superb!. Paling boring bila kena basuh pinggan tengah- tengah malam gara- gara tetamu yang mengada- ngada xnak makan atas pinggan kertas. Sekian.

Friday 11 July 2008

Lama Tak Datang

Saje je turun, nak jumpa kawan- kawan lama. Kawan- kawan masa kat KMB dulu. Makin lama makin susah nak jumpa. Semua bersepah- sepah satu dunia, buat benda lain- lain. Rasa semacam je bila lama dah tak tengok KL. Aku dulu sekolah menengah kat sini kalau korang nak tahu. Fly pegi KLCC. Sekolah mana boleh celen? Setakat kedai Pak Mat beli rokok ape kelass... he he he.


Photobucket


Terasa kagum la pulak bila naik LRT. Padahal biasa je. Canggih negara kita ni yek. Tak sangka. Pudu sekali tengok macam tak berubah. Suasana sama je. Tapi surau dah baru, kaunter tiket bas ada la sikit- sikit upgrade. Kesesakan nafas kat tingkat bawah tu masih lagi la.. Laungan brader walkie-talkie

"IPOH JB PENANG KUANTAN!!" "NAK PEGI MANA DIK??"

"takpe bang terima kasih je"

"ABG TANYA JE, NAK PERGI MANA NI?"

"takpe bang."

"NAK TANYA JE DIK, TANYA JE"

"ish.. Melaka"

"HA.. SEKARANG DIK, SEKEJAP LAGI JALAN"

...masih lagi ada. biasa la kan. "Sekarang" konon, duduk 2 jam dalam bas baru la nak gerak.

Dua tempat best yang aku tak boleh lupa; TT aka Taman Tenaga di Bandar Tun Razak dan jugak Restoran Bintang kat rooftop Sungei Wang Plaza. Ni la tempat kitorang makan masa zaman sekolah. Pasal tempat ni SEDAP BANYAK & MURAH. Memang betul, tak tipu punya. Sempat jugak la aku drag bebudak ni makan kat dua- dua tempat tadi.. melepas gian lama dah tak datang beb..

Sempat jugak macam biasa la kan cuci mata usha- usha awek kat KLCC, karaoke kat Sri Petaling, shisha dan sebagainya.. Melepak sampai awal pagi. Lama siut tak jumpa bebudak ni semua. Makin lama makin susah nak jumpa. Damn