Wednesday 20 August 2008

Ayam Dalam Tanah

Pernakah korang makan ayam yang dipanggang dalam tanah? Ya.. masa memprojekkan reban/kandang ayam haritu, tetiba aku teringat aku penah baca katun dalam majalah gila-gila pasal bebudak pengakap ni panggang ayam tapi ayam duduk bawah api, bukan macam biasa. AKu pun tanya la abang aku, tapi dia pun tak tahu menahu. Ntah ape gila, serta- merta kitorang mengcollect duit beli ayam kat pasar dan terus try heh heh. Boleh tahan la jugak rasa ayam tu, lembut isi dia. Layan la jugak sambil2 mengerjakan kandang tuh. Best betul la duduk kampung ni, macam macam boleh buat. Satu hari nanti aku tak nak settle down kat bandar. Serabut. Hu hu..

Photobucket

Tuesday 19 August 2008

Projek Reban Ayam Kampung (Maaf : Anda Mungkin Tiba di Sini untuk Mencari sesuatu Yang lebih Berfaedah.. Page Ini Hanya Untuk Hiburan Semata-mata..)

Abang aku mula nak bela ayam. Aku pun tak tau sebab apa. Ada la dalam sepuluh ekor. Pastu sebab boring asik cuci tahi ayam kat simen (ayam tu lepas bodo camtu je), dengan asik kena kait sampah sarap kat belakang rumah akibat dikais oleh ayam yang resminya kais pagi makan pagi kais petang makan petang tu, maka kitorang pun buat la reban khas untuk diorang..

Reban bodo je, xde engineer pun. Sekali tengok macam kandang. Tapi ada reban kecik dalam tu. So bolehlah korang panggil reban dalam kandang ha ha ha. 2-3 hari jugak tuh prosesnya. Gambar pintu ni je sempat aku ambik. Nantilah tunggu aku beli kamera 450D hehehe.

Photobucket

Sunday 17 August 2008

Hish

Sekarang, jam 1.55 pagi 18 Ogos 2008 waktu Malaysia. Ya Allah, banyaknya aku buat silap. Aku rasa sangat banyak aku buat silap. Walaupun aku masih berumur 23 tahun, kalau nak bandingkan dengan orang lain yang lagi lama menempuh hidup, lagi lama dari aku, tapi aku dah rasa yang berlambak- lambak kesilapan yang aku dah buat. Kesilapan yang mengheret aku ke situasi sekarang. Situsai yang penuh dengan masalah. Masalah bertimpa- timpa. Datang dalam satu masa. Masalah yang berpunca daripada kesilapan aku sendiri, ditambah dengan masalah yang bukan berpunca daripada aku. Ada yang 1 sen pun bukan daripada aku. Tapi disebabkan semua datang dalam satu masa, aku jadi tension. Arghh....

kan bagus kalau xbuat silap. Masalah tak muncul. Kalau pihak lain buat masalah, sekurang- kurangnya x menambah keperitan daripada masalah yang dicipta sendiri. Kan bagus kalau x buat silap, xperlu menyusahkan orang lain untuk selesaikan masalah. Tak perlu mengadu nasib. Tak perlu libatkan sesiapa. Tak perlu makan budi.

hai...

Bukan nak salahkan orang lain, bukan nak kata orang lain beruntung, tapi memang semuanya dari kesilapan sendiri, sedar atau tidak. Biarlah kalau ada orang yang sentiasa senang, semuanya atas usaha diorang. Walaupun diorang senang bukan dengan usaha diorang, biarlah. Mungkin mereka belum merasa susah dan kesusahan itu akan tiba.

Walau macam mana pun, aku kena terima siapa diri aku. Memang aku pernah buat silap. Ya. Dan mungkin aku akan mengulang silap aku lagi.

Hish..
Kesilapan memang mengundang masalah. jadi, janganlah buat silap (selagi boleh).

Dah, aku nak tido. Nak tenangkan fikiran yang serabut. Apa nak jadi besok, jadilah. Walaupun mungkin apa yang aku buat tak cukup, tak cukup dengan kemampuan yang aku ada, aku akan terima jugak keaadaannya. Mungkin ini masa aku untuk diuji. mungkin. Atau mungkin jugak memang salah aku. Siapa tahu?

Sunday 10 August 2008

Mesin Racun Berenjin

Photobucket

Huh, dah canggih sekarang. Aku ingat lagi mesin racun yang kena pam pakai tangan dulu. Sekarang dah tak payah, boleh pakai enjin. Rupa pun dah macam Robocop. Dahsyat. Senang keje aku meracun rumput lepas ni hehe.

Monday 4 August 2008

Silap Mata di Pasar Malam

Petang tadi aku pergi ke pasar malam Telok Mas dengan mak dan kakak ipar aku. Aku terpegun tengok silap mata yang satu brader ni buat. Tercegat aku kat situ tanpa bergerak sampailah mak dengan kakak ipar aku habis shopping.. gilo betul.

Aku rasa ada antara korang yang pernah tengok benda ni. Dia ikat tangan sorang budak tu dengan rantai, bungkus dengan guni, ikat lagi, pastuh tutup dengan kain hitam, pastuh budak tu boleh pulak bebaskan diri dia. Ha ha...

Photobucket

Tapi yang bestnya mamat tuh berani siut cabar bomoh bomoh "kurang ajar" yang ada sekeliling dia masa tu supaya hantar santau pada dia, bukan pada orang yang x bersalah. Dia kata dia kesian tengok orang kena santau. So dia cabar la sapa sapa yang berani, kasik test pada dia. Pastu dia offer dia boleh tolong sesapa berubat free. Bagus jugak dia ni kan.