Saturday 29 March 2008

Mengopek Audio Keta Aku

Bosan bosan hari sabtu hari tu aku pun pergi la mencabut headunit kereta aku tu.. Nak tengok konon-konon berapa Watt, nak tengok macam mana rupa ISO connector yang aku pernah baca dulu. Sambil tu usha usha jugak kat eBay headunit Pioneer yang best best; malangnya duit belum cukup la. Apa boleh buat...

Friday 28 March 2008

Suatu Hari di Notre Dame School


Ha ha... sekali sekala nak jugak tunjuk macam mana suasana kerja dengan company RGS ni.. Ni gambar kerja masa cuti sekolah Easter 2008 - Kitorang kena buat Salle ( main hall ) : aku, Lokman, Kazman, Tengku, Pijo & Saiful. Biasa la kan.. main mesin buffer - "bukan nak kata la.."




S
tor keramat jagaan aku, Saiful & Amy.



Ha.. petang-ptang ada orang jual makanan tau- macam pasar malam beb!

Thursday 27 March 2008

Xde semangat la nak buat kerja

Datang lambat ke DLA Piper.. Vaccum sandang dah kena ambik... handphone abis bateri.. lubang jamban disabled tersumbat.. malasnya malasnya... balik rumah sambung tengok Juno lagi baik..






Tuesday 25 March 2008

Cuti yang sangap


Sham - Scanidavia
Farid - London (maknye datang)
Abu - Germany (terpaksa akur arahan bapaknya)

Aku, Kazman, Pijo, Che We - Menyangap kat Sheffield. Scotland konon, Leeds konon.. cit porah!

gile ape buat blog!

kenny buat blog? gile ke ape? hahaha.. sebenarnya idea terlintas pagi tadi, masa kerja kat DLA PIPER, ustad tanya aku, "ada baca blog Raiedzal?" dia story pasal Raiedzal tulis pasal hisap rokok kat blakang blok Notre Dame High School. Aku pun terpikir, best jugak ni, alang alang tengah bosan cuti Easter.

Lagipun aku mmg ada niat nak sim
pan benda benda kenangan ni, ala macam diary tu. Tapi ape kejadahnya tulis diary - kelakar la pulak. Buat je lah blog free ni. Bosan bosan boleh tengok balik. Saje bosan bosan....

Oh ye, tajuk "saje bosan bosan" ni aku ambik dari Kere, dia penah buat blog tajuk sama. Aku xde idea, tiru je hahaha.. Saje bosan bosan...


Saturday 22 March 2008

Makan makan di rumah Kudo


Melepak sambil makan Kuew Tiaw oleh Trabye di rumah Kudo


Snow sikit sikit

Petang Sabtu 22 Mac - Farid x jadi main bola



Gile, macam nak meniaga!



Perbelanjaan melebihi £100

Wednesday 19 March 2008

JOE LABU & KENNY AUTO SERVICE - memasang radiator kereta "mesti tak tipu customer!"

Dua hari naik bas, sakit- sakit kaki rasanya.. hahaha.. Radiator baru sampai semalam, £63 hilang macam tu je. Dengan rasa yakin tak yakin, aku & Pijo belasah je mencuba pasang radiator baru dengan bantuan alat- alat dari Azhar dan juga buku HAYNES. X sia sia aku beli. Karat - karat pada Civic 1993 yang dah 15 tahun umurnya tu buat proses jadi lambat. Ada la dalam 2 jam setengah.
X sangka terer jugak kitorang ni. Jimat labour cost. Pijo aku upah Rootbeer saki baki order dulu je hehehe

Hahaha.. petang ni pergi kerja naik kereta...

Kurdishtan part II

Makan makan bersama geng bujang RGS. Apa punya kedai.. menu yang aku ndak dia malas buat.. ape tu namanya- "babreang" ke hapa ntah..

Monday 17 March 2008

Meng'cover' duit yang hilang akibat cuti Easter

Aduii.. kena bangun pagi lagi. Aku ganti Amru kerja kat DLA Piper sebagai cleaner (cleaner lagi...). Running cost K262 OWS kena ingat. Dah la Radiator rosak. HUBS pulak cuti. Terpaksa...

Not bad aa kerja, office tu bersih. Benda paling best ada vaccum sandang. Terpaksa rebut ngn Raiedzal benda ni - hot stuff!! Sory aaa boss ... gua datang awal dari lu, gua dapat dulu! hehehe

Sunday 16 March 2008

bencana pertama pemilik kereta

Pergi kerja HUBS naik kereta. Balik singgah Tesco beli rokok. Sampai rumah, park, tiba tiba nampak air kat bawah bonet. Alamak! Ape hal ni?? Buat bodoh je la...


Petang sikit, konon konon nak pergi ADAM, tempat yang dah lama sangat nak pergi. Bincang dengan budak-budak ni, setuju je main redah - padahal dah tau radiator bocor.. Sampai traffic light Glossop/West Street, temperature naik lebih dari setengah- terus berhenti depan IC. Pening kepala otak, telefon je AA, tarik kereta sampai rumah. Nasib baik dah sign up membership hari tu. ADAM ke mana, radiator ke mana.. Pening pening

Ada kereta, ada kosnya...

Saturday 15 March 2008

Jamming bersama artis

Adik Kudo aka Trabye men'join' jamming sessi full petang ni. Dasat siut dia main. Tengok2, dengar2 sikit je - terus terrer. Jadi loser pulak rasanya. Belasah aje lah. Lepas ni sorang sorang x ada, ape la nasib Forbidden Hot Pants ni.



*Trabye adalah gitaris MPIRE

Thursday 13 March 2008

Akhirnya "dia" di depan rumah

Broomhall Parking Permit - dapat jugak akhirnya. Laju jugak diorang ni buat kerja. Terbang £36. Ok apa.. sebulan £3 je. Terus ambik kereta dari rumah apam - parking depan rumah!

Photobucket

Wednesday 12 March 2008

Keghairahan Berkereta

Almaklumlah.. First car with my own money - siapa x puas hati?
Barang barang kereta yang "terpaksa" dibeli:

Autolok - kunci gear beb.. hilang kang nangis!
RainX - anti fog, rain repellent

Isnin 10 March - pergi kerja RGS naik kereta, pergi Tesco naik kereta
Ahad 16 March - pergi kerja HUBS naik kereta

gile ah.. orang ada kereta..

*gambar kereta geng geng kereta di Notre Dame School - Zahuri sebagai kapla

Tuesday 11 March 2008

Monday Club presents "REVOLVER"

Pergi dengan Kazman - menonton persembahan muzikal rakan sekerja - Danny Hudson

Photobucket

Sunday 9 March 2008

K262 OWS Alhamdulillah



Aku text Sarip malam semalam, pancing dia untuk lepaskan kereta Civic aku yang aku beli bulan Ogos tahun lepas kat eBay. Bila pancing dah berjaya, aku set la nak pegi Notts hari ni, after balik dari kerja di HUBS. Akibat lambat bersiap, dan sebab nak tunggu tomtom dari Mizi, aku pun terlambat - berlari pakai converse kulit pegi train station.. sia sia je, x sempat pun.Buat kaki sakit je. Kena la tunggu sejam lagi. Sempat pulak tertidur. Xpe la, kereta punya pasal..


Sampai Notts, lepak Hisap rokok sebatang dua, Sarip ajak makan kedai Chippy, kedai siam yang kata orang best. Sarip pun sekarang kerja situ - dengan khidmat K262 OWS aku. Sarip belanja aku nasi goreng tomyam. Boleh tahan la sedap.

Lepas lepak lepak kejap, aku pun drive balik Sheffield malam tu jugak, guna tomtom mizi pasal Kudo ajak lepak rumah dia - berkenal kenal ngn adik dia Trabye. Alhamdulillah, selamat sampai Sheffield. Sampai rumah, x boleh bukak pintu - kunci hilang!!


Cayalah! GUA DAH ADA KERETA!!!

Cerita Pertama

Actually start buat blog dah lambat, tapi aku nak mula dari 9 March 2008, ada benda yang best dalam hidup aku