Recently, my old Altec Lansing bought in 2005 in UK was broken. Got no choice (no money) so I just took these pair of MISSIONs, hadiah from Kudo when he moved to his new crib last few years. Never had a chance to test since that day. Linked them to a CHEAP old China COBY brand 100W amps, they does sound superb (note: there is no SPDIF going through, just simple connection with Windows DSP). I couldn't believe at first. It must be the speakers!!
Wondering how they will sound with proper hi-fi amp!
Hari ni genaplah 116 hari ataupun 3 Bulan 24 hari aku tak mengepos. Ke mana aku? Biasalah, alasan biasa, busy beb! (masa kat uk) dan tak ada internet! (masa kat Malaysia) Serius aku tak tipu. Kepada pengunjung- pengunjung yang setia (ada la purata 7 orang dok bukak tiap2 hari) terima kasih la ye hehehe
Ok la sebab lama sangat dah tak update, aku nak bagi tau la ape dah jadi selama ni....
Sejak habis final exam, aku teramatlah sibuk, dalam sibuk- sibuk tu tu pun aku sempat :
.....round round satu Italy
..... pusing- pusing Netherland (again!), Belgium, Luxembourg & German macam biasa la dengan klik klik nih.
....merayau ke selatan England sambil memandu ala ala road trip la konon;
.....buat BBQ farewell secara besar - besaran siap dengan karaoke skrin besar walaupun bebudak yang datang tak lah ramai isk isk
Layan je la klip video tu sebagai kenang kenangan sambil tersengih!
Memandangkan masa- masa ni dah nak balik Malaysia, maka kitorang juga bertungkus lumus mengotakkan barang barang untuk di shippingkan secara last minute, mengemas rumah secara last minute dan sebagainya
.....juga masih sempat lagi bergegas- gegas menaiki The Wheel of Sheffield sebagai kenangan terakhir yang kebetulan baru dipasang...
Oh hampir terlupa. Aku nak bagitau yang aku dan rakan-rakan seperjuangan SUDAH BERJAYA GRAD!!! Mampu jugak rupanya aku ni ye setelah onak ranjau ditempuhi hehehe... Alhamdulillah & thanks to Wolley, lecturer dan kawan-kawan semua...
...dan aku juga telah membeli sebijik kereta Mazda 6 (biasa je, bukan BMW/Merc pun..)untuk dibawa pulang sebagai kereta... 'kereta' la kan, takkan le sebagai 'spare part' je hehehe - sebagai usaha mengelakkan diri membayar hutang kereta dan bunga- bunganya selama sembilan tahun! Walaupun begitu, ianya masih tersadai di Port Klang kerana urusan yang lembab. Maaf ye.
Nombor plate MT02 WTF. Smart tak? Astaghfirullah.
Pada 1/8/2009 aku pun balik la ke Malaysia bersama Sham dengan sedihnya meninggalkan Ronjers kesorangan di rumah sewa kami... Sorry Ronjers.
Gile kau, sedih woo time nih isk isk. Lagi sedih bila aku teringat- ingat masa kitorang:
Main kad - cukup susah nak ajak Aboo main. Ronjers pulak selalu pegi toilet padahal bergayut.
Main Monopoly - geram bila ada sorang mamat tu asyik dapat nasib baik je. Pembohong betul dadu tu.
Gulung rokok sama sama - banyak dah anak murid aku yek..
Makan - Tak kisah la beli ke , masak sendiri ke, pancing orang masak ke. Rindunya terkenang ayam Rajas, sweet sour chicken Noodle Inn, nasi lemak Aboo, kari Sham, Lasagna Ronjers, mee goreng belacan Kudo etc etc
Pekerja- Pekerja Cleaner RGS - yang sama-sama membanting tulang
Ok la, itu je lah informasi yang dapat aku bawakan buat masa ini. Iye, post kali ni memang panjang pasal nak cover 3 bulan lebih punya! Kepada kawan- kawan semua, jangan la lost contact ye. Berkabel- kabel la untuk masa depan yang cerah huhuhu..
It was the last annual Sheffield Gig for me. Oh, dammit. Involved as a drummer, the band keeps changing its name and members; starting with Forbidden Donut (2006 +2007) going to The Conglomerate (2008) and finally Asthmatic Rhino (2009). This year, the only original kaki were me and Sham, plus an original kaki from Ah Lian Hot Pants, Kudo, plus Sheffield's newcomer. Asthmatic Rhino, inspired from the 1995 film - Jumanji, the last band which im in, the last hits for my drumming, but the first to feature an awek as vocalist.
What Im going to say about the gig? Yeah, as usual, there were controversies but it has been solved. IT WAS THE BEST GIG IN MY LIFE. Crowd very supportive, even first band on the list tak main macam orang bodoh atas pentas pasal crowd semua tak buat bodoh kat bawah pentas, tak borak- borak macam nothing happen, macam tahun- tahun sudah. No faulty equipment, no sex and drug (as usual), and yeah, lagu semua layan. Like what Kudo said, Karok Live Version.Unfortunately, we dont have video for our band. Yes, very unfortunate. I dont know why exactly, but MadGrapeTV crew said so. Here the pics for the gig, taken and uploaded by photographers who were there that night. Credits go to them.
Oh I wish I could be here again next year. Gian nak main drum lagi. Ape boleh buat. Kudos and hail to all!
Lots of new faces, new voices, which was really great. And I have been tinking to upgrade the system as shown below:
Sounds great eh? £81.99 + £219 + £18.99 = whoa, that's £319.98!! I simply ain't got fund, so forget about it - unless somebody kind enough to throw me some cash!
Semalam, aku tolong Kudo pasang TD-9 dia.. tapi sayang, pedal kaki dijual berasingan rupanya.. maka aku pun mencadangkan Kudo supaya membeli dw 5002AD3 secepat mungkin.. kalau tak macam mana nak main, kan kudo kan?
Ha ha ha.. aku masih ingat tahun 2002, masa aku form 5, lagu lagu minah ni asyik kedengaran di radio dan jugak di walkman member- member sekolah. Siapa dia? Avril Lavigne. Umur sebaya dengan aku. Sebab tu kot aku boleh tersangkut.. Xde la, lagu dia pun boleh tahan jugak best - walaupun minah ni agak poyo. Imej punk la, skate la. Aku x peduli, asalkan dia cun huhuhu.. (solek atau tak belakang kira!).
Dua tiga tahun lepas tu, boleh dikatakan setiap album dia aku ada. Walaupun aku beli cetak rompak, tapi boleh dikatakan setiap yang rare track mahupun records yang wujud sebelum dia jadi artis pun aku ada. Boleh dikatakan semua lagu dia aku "tahu". Cuma satu je belum - tengok performance live. Dan tahun 2008 ni, dapat jugak aku merasa. Aku sebenarnya pelik kenapa tour ni lambat datang UK sebab kat Europe countries lain dia lama dah pegi. Tapi xpe, yang penting dapat. Kitorang pilih Birmingham - NEC Arena. Sebab? Sebab tarikh dia. Nak ambik yang lain takut clash dengan exam - bebudak ni la, aku takk..
Dengan alasan konsert ni la aku 1st time driving jauh dengan kereta aku. Kebetulan pulak (seperti pos sebelum ni) ekzos aku buat hal. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Keempat- empat manusia yang terlibat termasuk aku masih lagi bernyawa dengan sihat walafiat.
Mula- mula perasaan nak melompat terkinja- kinja macam beruk meluap- luap, tapi last- last hilang. Sebabnya, walaupun crowd malam tu ramai- tapi ntah, macam xsemangat je. Nak melompat pun segan. Chiess... Padahal ni la artis yang lagunya aku tau semua, tak macam konsert- konsert lepas, yang kebanyakkannya aku membatu mulut terkumat- kamit tak tahu apa.
Generally, ok la minah ni nyanyi - far better dari konsert tahun pertama dia jadi artis- out. Cuma ada 2-3 kali dia offkey, bebudak ni kata la, aku tak perasan, heh. Kali ni dia ada pulak main drum dan ada jugak salah main, pun bebudak ni kata dan aku tak perasan. Gile aku ni. Kalau konsert orang lain aku selalu tengok jam (bila nak abih ni??) tapi yang ni aku tak tengok jam pun. Gile kan?
Seronok tengok minah ni melalak, teringat pulak yang dia ni dah kawin. Cilakak. Ape boleh buat- kalau dia belum kahwin pun macam la aku boleh mengorat kan.. Walaupun tak puas tengok Avril secara live, kitorang pun balik la ke Sheffield. Kudo dan Farid boleh pulak tersalah exit malam tu- dan diorang sangkut dalam jam hampir 2 jam. Kitorang sempat abis makan kat Lahore, diorang belum sampai.
Sekian saja kisah bini orang. Gambar aku songlap dari Kudo. Sorry & thanks hehehe..
Tiba tiba aku rasa minat pulak dengar lagu lagu dangdut. Kalau dapat woofer box dalam kereta best ni. Layan lah video di bawah. Ditujukan khas kepada Raiedzall.
Satu- satunya event yang best di Sheffield. Tak ada yang lain dah. Sebagai penjual tiket aku dah rasa dah tak berapa ramai orang. Memang betul- tak macam tahun lepas. Nasib baik break even. Crowd xde la best sangat macam tahun lepas. Semua macam kayu je. Balik balik muka sama je yang mosh. Tapi bila hujan main dasat jugak orang melompat. Maklumlah artis.
Secara overall biasa la, gig, - macam tu la jugak. Lompat lompat lebih kurang, Waq punya system kali ni xde problem, awek 2-3 orang tu ada la. Jantan je ramai. Mizi jual burger+air bal bla bla. Nak letak gambar pun banyak sangat. Letak je la mana mana yang ada ni... layan...
Ni aku kena prank dengan Trabye... dia suruh aku main Tamborin - siut hahha
Muka muka sama yang moshing. Rapek pun macam dah retired je..
Sempat la bergambar dengan Noh. Kudo pun ade sekali heh.
Satu- satunya gambar solid aku main drum. Biasanya drummer ni gambarnya susah nak dapat sebab popularitinya "terlindung".
Si Kazman cuba menunjukkan semangat menyanyi. Ramai awek mintak bergambar tu.. jangan main main.
Yang ni pulak aku rembat dari blog Kudo. Gambar HUJAN perform. Malas la nak edit sendiri haha
Best kan Sheffield Gig? Tahun depan kalau ada lagi belilah tiket awal awal. Tapi bukan aku la yang jual kot. Suruh SHEMUBROJA cari AJK lain hehehe.
"Sham pegi Scandinavia la.." "Aku tak boleh seminggu ni, ada Careers Fair" "Aku pun.."
Tak tahulah apa nasib band yang ahlinya busy memanjang je. Maklumlah, benda benda yang tak boleh nak elak. 3 hari sebelum gig, barulah semua kaki ada - so Kudo mengarahkan kitorang semua ke Attic - studio yang asalnya bangunan kilang. Horror jugak kawasannya.
Lepas abis belasah semua lagu, kitorang pun balik- unload barang then makan kat Lahore London Road aka tempat kegemaran Kudo. Sekian sahaja cerita jamming.
Adik Kudo aka Trabye men'join' jamming sessi full petang ni. Dasat siut dia main. Tengok2, dengar2 sikit je - terus terrer. Jadi loser pulak rasanya. Belasah aje lah. Lepas ni sorang sorang x ada, ape la nasib Forbidden Hot Pants ni.
Saje bosan bosan telah dicipta ketika aku berada di Sheffield, UK; di mana tahap ke-BOSAN-anya amatlah melampau. Walaubagaimanapun, setelah pulang ke tanah air, masih BOSAN jugak..