Sunday 17 August 2008

Hish

Sekarang, jam 1.55 pagi 18 Ogos 2008 waktu Malaysia. Ya Allah, banyaknya aku buat silap. Aku rasa sangat banyak aku buat silap. Walaupun aku masih berumur 23 tahun, kalau nak bandingkan dengan orang lain yang lagi lama menempuh hidup, lagi lama dari aku, tapi aku dah rasa yang berlambak- lambak kesilapan yang aku dah buat. Kesilapan yang mengheret aku ke situasi sekarang. Situsai yang penuh dengan masalah. Masalah bertimpa- timpa. Datang dalam satu masa. Masalah yang berpunca daripada kesilapan aku sendiri, ditambah dengan masalah yang bukan berpunca daripada aku. Ada yang 1 sen pun bukan daripada aku. Tapi disebabkan semua datang dalam satu masa, aku jadi tension. Arghh....

kan bagus kalau xbuat silap. Masalah tak muncul. Kalau pihak lain buat masalah, sekurang- kurangnya x menambah keperitan daripada masalah yang dicipta sendiri. Kan bagus kalau x buat silap, xperlu menyusahkan orang lain untuk selesaikan masalah. Tak perlu mengadu nasib. Tak perlu libatkan sesiapa. Tak perlu makan budi.

hai...

Bukan nak salahkan orang lain, bukan nak kata orang lain beruntung, tapi memang semuanya dari kesilapan sendiri, sedar atau tidak. Biarlah kalau ada orang yang sentiasa senang, semuanya atas usaha diorang. Walaupun diorang senang bukan dengan usaha diorang, biarlah. Mungkin mereka belum merasa susah dan kesusahan itu akan tiba.

Walau macam mana pun, aku kena terima siapa diri aku. Memang aku pernah buat silap. Ya. Dan mungkin aku akan mengulang silap aku lagi.

Hish..
Kesilapan memang mengundang masalah. jadi, janganlah buat silap (selagi boleh).

Dah, aku nak tido. Nak tenangkan fikiran yang serabut. Apa nak jadi besok, jadilah. Walaupun mungkin apa yang aku buat tak cukup, tak cukup dengan kemampuan yang aku ada, aku akan terima jugak keaadaannya. Mungkin ini masa aku untuk diuji. mungkin. Atau mungkin jugak memang salah aku. Siapa tahu?

No comments:

Post a Comment