Monday 19 May 2008

Mati Bermaruah

(Dipetik daripada Blog Ujang (Creative Enterprise)

HAK MILIK KARYA INTELEK

Posted in Uncategorized by Ujang on the April 10th, 2008

Sejak beberapa tahun lalu saya sudah memulakan kempen hak milik karya intelek agar di perjuangkan dan di ambil perhatian.Hanya seketika Rangkaian televisyen Nasional mengiklankan tentang usaha yang serupa dan menghebahkan betapa perlunya hakmilik karya intelek ini di beri perhatian.Beberapa kempen penerangan di jalankan dan kaunter khidmat nasihat serta rundingan berkenaan Intelect property ini di ujudkan dalam beberapa ekspo perdagangan yang saya hadiri….dan kini ianya beransur-ansur senyap sebagaimana kempen-kempen yang lain di malaysia yang lemah dari segi penguatkuasaan.Namun saya akan tetap bercakap dan terus bercakap di setiap ruang dan kesempatan tentang perlunya hak-hak pengkarya ini di lindungi dan di ambil perhatian baik melalui media cetak mau pun elektronik kerana di zaman ini perompak sudah berani merompak secara terang-terangan dengan memanipulasi undang-undang.Lawan tetap lawan biar pun kita akan mati sebagai seorang yang miskin. Lebai suman dah pesan-`Biar mati miskin tapi bermaruah dpd mati kaya tapi semua duit rasuah`

*Artikel ini adalah hakmilik penulis asal, Ujang.

p/s: Aku suka ayat yang last tu:

Photobucket

No comments:

Post a Comment