Sunday 13 July 2008

Jumpa Kawan Lama Dalam Keadaan Terpaksa

Suatu malam, di tengah tengah MRR II aku menaiki kereta Proton Iswara Robocop milik kawan aku bernama Che Nas bersama-sama Che Nas sendiri, Boyan dan Sedut sebagai pemandu. Kami baru sahaja pulang dari Canai Cafe, Subang Jaya untuk makan malam.

Sedang dalam perjalanan, aku mendapat SMS dari seorang kawan lama bernama Rico

"dude,sori gua tlelap blk keje td.br bgn.lu ada cal td?"

"ada td haha xpe org dh keje skg haha"

"lu ada mana skang ni?"

"Skg kt jelatek, on d way ke sri petaling.knape bro?"

"lpak NZ ka td?esk abes keja gua calling lu smula la k?gua sori btol,abes keja td gua gone trus.pnat siyal.sori btol bro"


"xpe a rico, aku sbnrya nak blah pg besok,xsmpt la nak jmpa, lain ka.....


Blum sempat aku habis me-reply sms, tiba- tiba kereta kitorang berhenti. Aku tanya Sedut, kenapa, lalu jawab si Sedut;

"minyak habis. Alamak nak mintak tolong siap ni? Xde orang dah ni. Tak kan nak suruh bebudak Subang turun?. Che Nas ko ada kwan- kwan lain tak kat sini? Bapak ko ke?"

"Takde. Takkan aku nak suruh bapak aku kot, ni dah dekat pukul 3 pagi ni" jawab Che Nas

Lalu aku pun mengcancelkan SMS tadi dan terus menelefon Rico meminta bantuan untuk membawa minyak petrol kepada kitorang... he he


"da nmpk.lpak jap,uturn" balasan SMS dari rico 15 minit kemudian..

Lepas kejadian tu aku pun bawak Rico pegi minum kat Ampang, dan menghadiahkannya sekotak Dunhill 20's sebagai tanda penghargaan. Hai.. tu la dah la meter minyak rosak, isi la minyak banyak banyak sikit. Appara. Eh lupa minyak naik harga, mana boleh isi minyak banyak- banyak iye tak?. Ni semua minyak punya pasal!!

Photobucket

No comments:

Post a Comment