Tuesday 22 April 2008

Mesin WETROK

Wetrok ni mesin buatan German yang tugasnya menye crub lantai. 3 fungsi utama adalah mengeluarkan air, menggosok dan juga menyedut air kotor itu semula. Aku telah menggunakan mesin ini sejak pada awal tahun 2008 walaupun telah bekerja selama 2 tahun. Ini adalah disebabkan fenomena senioriti. Pengalaman pahit adalah sewaktu aku cuba memandu merentasi 2 tiang di B POD. Malangnya bar penyedut air (wiper) tersangkut lalu bengkok. Collin menyuruh Stuart membeli yang baru. Rupa rupanya Stuart pernah melakukan kesilapan yang sama hahahha. Mesin ini agak best sebab ada enjin sendiri - kita tidak perlu menolak menggunakan tenaga sendiri seperti mesin CleanTime ataupun mesin scrubber RGS. Walaubagaimanapun, penat tetap akan terasa kerana perjalanan sepanjang hari menggunakan mesin ini akan mengambil jarak yang sangat panjang - seperti balik rumah dan patah balik berulang ulang kali. Jikalau mesin ini rosak, maka jenuh la semua orang nak kena mop satu bangunan. Di kalangan pekerja Hubs, WETROK telah dijadikan kata kerja. Contoh ayat: "Kaz will do the wetroking". Video stunt Collin boleh ditonton di bawah:

No comments:

Post a Comment