Saturday, 5 April 2008

theSheffieldGig2008

Satu- satunya event yang best di Sheffield. Tak ada yang lain dah. Sebagai penjual tiket aku dah rasa dah tak berapa ramai orang. Memang betul- tak macam tahun lepas. Nasib baik break even. Crowd xde la best sangat macam tahun lepas. Semua macam kayu je. Balik balik muka sama je yang mosh. Tapi bila hujan main dasat jugak orang melompat. Maklumlah artis.

Secara overall biasa la, gig, - macam tu la jugak. Lompat lompat lebih kurang, Waq punya system kali ni xde problem, awek 2-3 orang tu ada la. Jantan je ramai. Mizi jual burger+air bal bla bla. Nak letak gambar pun banyak sangat. Letak je la mana mana yang ada ni... layan...


Ni aku kena prank dengan Trabye... dia suruh aku main Tamborin - siut hahha


Muka muka sama yang moshing. Rapek pun macam dah retired je..


Sempat la bergambar dengan Noh. Kudo pun ade sekali heh.


Satu- satunya gambar solid aku main drum. Biasanya drummer ni gambarnya susah nak dapat sebab popularitinya "terlindung".


Si Kazman cuba menunjukkan semangat menyanyi. Ramai awek mintak bergambar tu.. jangan main main.

Yang ni pulak aku rembat dari blog Kudo. Gambar HUJAN perform. Malas la nak edit sendiri haha

Photobucket

Best kan Sheffield Gig? Tahun depan kalau ada lagi belilah tiket awal awal. Tapi bukan aku la yang jual kot. Suruh SHEMUBROJA cari AJK lain hehehe.

Friday, 4 April 2008

Hari Last Kerja Pagi




Fuhh.. bestnya.. tak payah la nak bangun pagi- pagi lagi hahhaa... Penat woo bangun pagi ni. Ambik la gambar sebijik dua stor barang kat level 4 tu - buat kenang- kenangan..

Thursday, 3 April 2008

2 benda baru

Photobucket

Wednesday, 2 April 2008

Latihan Berkugiran Sempena GiG 2008

"Sham pegi Scandinavia la.."
"Aku tak boleh seminggu ni, ada Careers Fair"
"Aku pun.."

Tak tahulah apa nasib band yang ahlinya busy memanjang je. Maklumlah, benda benda yang tak boleh nak elak. 3 hari sebelum gig, barulah semua kaki ada - so Kudo mengarahkan kitorang semua ke Attic - studio yang asalnya bangunan kilang. Horror jugak kawasannya.


Lepas abis belasah semua lagu, kitorang pun balik- unload barang then makan kat Lahore London Road aka tempat kegemaran Kudo. Sekian sahaja cerita jamming.

Peristiwa Menyakitkan Hati

Selasa- aku terpaksa kerja triple- DLA, Hallam, RGS. So aku terpaksa bangun seawal pukul 4 pagi. Disebabkan nak elak kena bayar parking, aku decide xmahu bawak kereta pagi tu. Terpaksa la naik basikal walaupun hujan. Sabar je la. Yang paling menyakitkan hati, balik je dari kerja pukul 11 lebih, tengok side mirror belah kiri patah! Memang panas betul. Aku kerja macam nak mampus cari duit nak pakai kereta, ada je orang senang senang patahkan- dah la hari tu aku penat gila. Terus aku cabut side mirror tu- pegi Wickes beli tools + gam epoxy dan terus gam balik. Tak termampu nak beli baru (even 2nd hand!). Sabar je la. Mintak -mintak tak ada apa apa lagi yang jadi lepas ni.