Yeah.. weekend yang penuh dengan aktiviti dan stress.
Jumaat 6 Jun - Pergi ke rumah Kudo bersama Aboo & Pijo - tolong pasang komputer baru Quad Core dia. On the way, tayar kereta flat. Tuka tayar spare di BP. Pukul 5 pagi baru settle selepas mengatasi beberapa masalah tekinikal. Sempat tidur 1 jam.
Sabtu 7 Jun - Tidur dikejutkan oleh pakcik Royal Mail pada pukul 8.47 pagi. (dammit!) Disebabkan aku tau barang tu barang aku, terpaksa bangun dan straight ke kedai tayar. Hampir
12:00 tengah hari - Menuju ke carboot Junction 29 seorang diri (kalau Kudo baca ni mesti gelak). Berjumpa la 2-3 orang melayu. Tanpa membeli barang yang sepatutnya dibeli, aku blah selepas kurang daripada satu jam. Pemandangan kat situ agak cantik jugak.
3.00 petang - Singgah di rumah Kudo untuk mem vakum kereta yang dah macam tong sampah. Maklumlah si Kudo ni ada Dyson. Sempat jugak mengelap dashboard sampai kilat.
4.00 petang - Balik ke rumah dengan perut yang lapar. Tarik paip dan terus basuh kereta. Alang- alang interior dah bersih.....
5:40 petang - Memulakan perjalanan ke Manchester untuk hantar member ke Manchester Airport.
9:40 malam - Agenda seterusnya pergi ke rumah pegawai MSD yang x dikenali. Konon- kononnya nak ambik tiket flight (ni plan si Dee ni). Handphone habis bateri - GPS x hidup - sesat banyak kali. Sempat mengantoikan rupanya husband dia orang Merlimau. (network bagus nih heh heh) Borak punya borak, kabel punya kabel, pukul 2 pagi baru bertolak balik dengan kemengantukan yang amat sangat.
Ahad 8 Jun - 3:15 pagi - Sampai di Sheffield. Alhamdulillah. Azhar & Ady dtg pinjam kereta. Aktiviti melepak separuh sedar diteruskan sehingga 6 pagi yang mana penutupnya Dee masak nasi lemak. Habis semua, straight balik rumah dan tidur.....
8:00 malam - Mengisi perut di Siam Inter Thai.
wuih.. busy jugek hidup engko ni, mcm perdana menteri msia ha ha.. dah abis exam ke? bila balik m'sia?
ReplyDeleteHa..itulah , dah macam Pak Lah dah ni.. balik mesia 19 Jun.. Ada farewell party ke? huhuu
ReplyDeletekekantolan di situ. bila lagi nak ke junction 29?
ReplyDelete