Aku dan 13 orang kawan- kawan aku telah pergi ke Amsterdam. Ramai? Memang ramai. Memandangkan kitorang akan berpecah belah lepas ni (ada yang dah habis belajar etc), trip ni menjadi acara lepak melepak terakhir bagi kitorang. Urusan persiapan agak kelam kabut, maklumlah, ahlinya ramai.. nak centralizekan tiket semua memerlukan kesabaran.. Kitorang lepak kat sana selama 2 malam je. Tapi memang seronok. Memang puas hati. Bagi aku, melepak dengan kawan- kawan adalah benda paling best.
Kat sana, kitorang sempat mengayuh bot sewa merentasi sungai yang bercabang cabang. Bandar ni memang terkenal dengan sungai ataupun dipanggil 'canal'. Salah satu keunikannya adalah orang ramai tak naik kereta, tapi naik basikal. Kalau tak berhati- hati maka akan dilanggar oleh basikal. Oh ye, basikal diorang ni tak ade brek. Aku pun tak faham ntah macam mana mekanisma dia.
Korang layan je lah gambar gambar ni. Aku malas nak tulis panjang panjang.
Jalan raya Amsterdam ni tak lebar. Muat- muat je. Sebab diorang ni x berkereta sangat.
Yang ini kedai jual sayur kot. Tapi macam jual basikal..
yang ini no komen..
..antara muka- muka ahli rombongan
Orang melepak sambil menikmati pemandangan sungai yang beralun- alun..
Suasana malam. Cantik. Rasa nak beli bot buat rumah.
Semasa aktiviti menge-bot.
Tu je lah kot.. aku rasa memang best la trip ni. Sedih jugak sebab lepas ni aku dah tak dapat melepak dengan diorang. Siut aa korang. Tak payah aa balik, sambung la buat pHD 5 tahun.. he he.
Oh ye, post kali ini ditaja oleh....
..tembakau Jawa, TEMBACO.
Wednesday, 18 June 2008
Pelancongan ke Amsterdam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment