Recently, my old Altec Lansing bought in 2005 in UK was broken. Got no choice (no money) so I just took these pair of MISSIONs, hadiah from Kudo when he moved to his new crib last few years. Never had a chance to test since that day. Linked them to a CHEAP old China COBY brand 100W amps, they does sound superb (note: there is no SPDIF going through, just simple connection with Windows DSP). I couldn't believe at first. It must be the speakers!!
Wondering how they will sound with proper hi-fi amp!
Hari ni genaplah 116 hari ataupun 3 Bulan 24 hari aku tak mengepos. Ke mana aku? Biasalah, alasan biasa, busy beb! (masa kat uk) dan tak ada internet! (masa kat Malaysia) Serius aku tak tipu. Kepada pengunjung- pengunjung yang setia (ada la purata 7 orang dok bukak tiap2 hari) terima kasih la ye hehehe
Ok la sebab lama sangat dah tak update, aku nak bagi tau la ape dah jadi selama ni....
Sejak habis final exam, aku teramatlah sibuk, dalam sibuk- sibuk tu tu pun aku sempat :
.....round round satu Italy
..... pusing- pusing Netherland (again!), Belgium, Luxembourg & German macam biasa la dengan klik klik nih.
....merayau ke selatan England sambil memandu ala ala road trip la konon;
.....buat BBQ farewell secara besar - besaran siap dengan karaoke skrin besar walaupun bebudak yang datang tak lah ramai isk isk
Layan je la klip video tu sebagai kenang kenangan sambil tersengih!
Memandangkan masa- masa ni dah nak balik Malaysia, maka kitorang juga bertungkus lumus mengotakkan barang barang untuk di shippingkan secara last minute, mengemas rumah secara last minute dan sebagainya
.....juga masih sempat lagi bergegas- gegas menaiki The Wheel of Sheffield sebagai kenangan terakhir yang kebetulan baru dipasang...
Oh hampir terlupa. Aku nak bagitau yang aku dan rakan-rakan seperjuangan SUDAH BERJAYA GRAD!!! Mampu jugak rupanya aku ni ye setelah onak ranjau ditempuhi hehehe... Alhamdulillah & thanks to Wolley, lecturer dan kawan-kawan semua...
...dan aku juga telah membeli sebijik kereta Mazda 6 (biasa je, bukan BMW/Merc pun..)untuk dibawa pulang sebagai kereta... 'kereta' la kan, takkan le sebagai 'spare part' je hehehe - sebagai usaha mengelakkan diri membayar hutang kereta dan bunga- bunganya selama sembilan tahun! Walaupun begitu, ianya masih tersadai di Port Klang kerana urusan yang lembab. Maaf ye.
Nombor plate MT02 WTF. Smart tak? Astaghfirullah.
Pada 1/8/2009 aku pun balik la ke Malaysia bersama Sham dengan sedihnya meninggalkan Ronjers kesorangan di rumah sewa kami... Sorry Ronjers.
Gile kau, sedih woo time nih isk isk. Lagi sedih bila aku teringat- ingat masa kitorang:
Main kad - cukup susah nak ajak Aboo main. Ronjers pulak selalu pegi toilet padahal bergayut.
Main Monopoly - geram bila ada sorang mamat tu asyik dapat nasib baik je. Pembohong betul dadu tu.
Gulung rokok sama sama - banyak dah anak murid aku yek..
Makan - Tak kisah la beli ke , masak sendiri ke, pancing orang masak ke. Rindunya terkenang ayam Rajas, sweet sour chicken Noodle Inn, nasi lemak Aboo, kari Sham, Lasagna Ronjers, mee goreng belacan Kudo etc etc
Pekerja- Pekerja Cleaner RGS - yang sama-sama membanting tulang
Ok la, itu je lah informasi yang dapat aku bawakan buat masa ini. Iye, post kali ni memang panjang pasal nak cover 3 bulan lebih punya! Kepada kawan- kawan semua, jangan la lost contact ye. Berkabel- kabel la untuk masa depan yang cerah huhuhu..
It was a crime scene - happened at my workplace. Everybody has no idea. There was a pool of blood in C-pod, and 'luckily', we don't have to clean the entire pod that day!
Update (9/12/2008): It was a student being hit by 2 men using broken glasses at about 2.30 am when the building about to close. Securites were busy looking for money (left by people) on the floor at the time of incident; as reported by building manager. Those two blokes were arrested. Police has arrived for investigation late that day.
Cleaners were responsible for cleaning the mess on Monday. Luckily (again) I wasn't there!
After 2 years in service, I finally (sadly) says goodbye to my little mouse as it's no longer be able to perform the job fitly - the middle-click button was somehow jammed. Bought a VX Revolution as replacement; costs me 26 quid. Dowh!
Semalam, aku tolong Kudo pasang TD-9 dia.. tapi sayang, pedal kaki dijual berasingan rupanya.. maka aku pun mencadangkan Kudo supaya membeli dw 5002AD3 secepat mungkin.. kalau tak macam mana nak main, kan kudo kan?
Tahniah la kat abang aku yang selamat menyelesaikan majlis perkahwinannya pada 23 Ogos hari tu. Majlis tu telah diorganize kan oleh kami adik- beradik (yang berjaga 2hari 2 malam). Yang tak bestnya, hari tu hujan turun sepanjang hari. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan agak lancar. Apa yang aku boleh komen satu je;
Korang layan bundle? Kepada yang layan, aku nak introduce satu kedai bundle best kat depan Plaza Bukit Jambul, Penang. Kedai tu bukan dalam plaza tau, tapi kat barisan kedai seberang jalan. Nama kedai tu 'DOUBT - Japanese Bundle'. Baju memang cun cun walaupun second hand. Barang kebanyakannya datang dari Jepun. Serius bundle ni lain dari yang lain. Harga pun ada mahal sikiiit je dari bundle biasa. Kepada yang tak layan bundle, abaikan je. Tak sesuai untuk korang yang metro ha ha ha..
Huh, dah canggih sekarang. Aku ingat lagi mesin racun yang kena pam pakai tangan dulu. Sekarang dah tak payah, boleh pakai enjin. Rupa pun dah macam Robocop. Dahsyat. Senang keje aku meracun rumput lepas ni hehe.
Saje bosan bosan telah dicipta ketika aku berada di Sheffield, UK; di mana tahap ke-BOSAN-anya amatlah melampau. Walaubagaimanapun, setelah pulang ke tanah air, masih BOSAN jugak..