Showing posts with label idea. Show all posts
Showing posts with label idea. Show all posts

Saturday, 20 June 2009

Kenapa Hatchback ada wiper belakang, tapi Saloon/Sedan tak ada?

cuba la korang jawab hahaha

[update 23/06/2009]: ya.. jawapan Kazman sungguh tepat sekali.. Macam tu la jawapan seorang engineer ha ha.. Walau bagaimanapun, kalau kau orang nak tau, ada jugak Sedan/Saloon yang dipasang wiper belakang... contoh nye kat kereta Peugeot dengan Impreza ni:

Photobucket


Photobucket

Monday, 23 February 2009

Malam Pria "Karaoke" Mambo



Lots of new faces, new voices, which was really great. And I have been tinking to upgrade the system as shown below:




Sounds great eh? £81.99 + £219 + £18.99 = whoa, that's £319.98!! I simply ain't got fund, so forget about it - unless somebody kind enough to throw me some cash!

Sunday, 17 August 2008

Hish

Sekarang, jam 1.55 pagi 18 Ogos 2008 waktu Malaysia. Ya Allah, banyaknya aku buat silap. Aku rasa sangat banyak aku buat silap. Walaupun aku masih berumur 23 tahun, kalau nak bandingkan dengan orang lain yang lagi lama menempuh hidup, lagi lama dari aku, tapi aku dah rasa yang berlambak- lambak kesilapan yang aku dah buat. Kesilapan yang mengheret aku ke situasi sekarang. Situsai yang penuh dengan masalah. Masalah bertimpa- timpa. Datang dalam satu masa. Masalah yang berpunca daripada kesilapan aku sendiri, ditambah dengan masalah yang bukan berpunca daripada aku. Ada yang 1 sen pun bukan daripada aku. Tapi disebabkan semua datang dalam satu masa, aku jadi tension. Arghh....

kan bagus kalau xbuat silap. Masalah tak muncul. Kalau pihak lain buat masalah, sekurang- kurangnya x menambah keperitan daripada masalah yang dicipta sendiri. Kan bagus kalau x buat silap, xperlu menyusahkan orang lain untuk selesaikan masalah. Tak perlu mengadu nasib. Tak perlu libatkan sesiapa. Tak perlu makan budi.

hai...

Bukan nak salahkan orang lain, bukan nak kata orang lain beruntung, tapi memang semuanya dari kesilapan sendiri, sedar atau tidak. Biarlah kalau ada orang yang sentiasa senang, semuanya atas usaha diorang. Walaupun diorang senang bukan dengan usaha diorang, biarlah. Mungkin mereka belum merasa susah dan kesusahan itu akan tiba.

Walau macam mana pun, aku kena terima siapa diri aku. Memang aku pernah buat silap. Ya. Dan mungkin aku akan mengulang silap aku lagi.

Hish..
Kesilapan memang mengundang masalah. jadi, janganlah buat silap (selagi boleh).

Dah, aku nak tido. Nak tenangkan fikiran yang serabut. Apa nak jadi besok, jadilah. Walaupun mungkin apa yang aku buat tak cukup, tak cukup dengan kemampuan yang aku ada, aku akan terima jugak keaadaannya. Mungkin ini masa aku untuk diuji. mungkin. Atau mungkin jugak memang salah aku. Siapa tahu?

Wednesday, 11 June 2008

Tips- Tips Mengatasi Masalah Kenaikan Harga

Kenaikan harga minyak telah menghantui semua orang. Boleh dikatakan setiap individu sibuk memikirkan cara bagaimana hendak menjimatkan penggunaan petrol. Ada yang sudah memulakan kaedah berkongsi kereta, malah tak kurang juga yang memilih untuk mengayuh basikal. Bagaimana pula bagi individu yang memiliki kenderaan dan juga seorang perokok; kerana rokok juga mempunyai sifat suka naik harga? Adakah perbezaan antara keduanya? Sila teliti perbandingannya di bawah:

Photobucket

Nota: Artikel ini TIDAK bertujuan untuk menggalakkan budaya merokok. TIDAK SAMA SEKALI.

Thursday, 5 June 2008

Minyak Minyak Minyak

Sedang kecoh minyak akan naik bulan 8, tiba tiba Pak Lah pun umumkan minyak naik serta- merta. Lagi Kecoh. Tu tak masuk lagi kekecohan respon Melayu- melayu Sheffield. Melayu Malaysia apatah lagi? Kadang- kadang nak komplen pun tak boleh jugak, dah nama pun subsidi, pun dah kira ok la kan. Daripada tak ada langsung? Tapi, kenaikan minyak ni akan memeritkan semua orang, kecualilah orang-orang kaya gila babi. (yeke?)

Bagi aku, aku belum lagi boleh nak rasa macam mana hidup tersiksa dengan kenaikan minyak. Ye la, duduk pun kat UK, kerja pun belum, kahwin pun belum, apatah lagi nak ada anak, family.. Tapi mak aku, abang aku, kakak aku dan sebagainya akan rasa. Macam mana agaknya diorang nanti eh. Aku tak dapat nak bayangkan.

Benda yang paling merisaukan aku bukan minyak tu sebenarnya, tapi bahan makanan dan benda benda yang lain yang naik harga sebab minyak naik. Bukan pasal nak sumbat minyak dalam tank, tapi nak sumbat makanan dalam perut. Saat saat macam ni, aku tiba tiba jadi takut. Ada 2 tahun lagi sebelum aku nak mulakan hidup kat Malaysia. Macam mana ekonomi Malaysia masa tu nanti, kalau sekarang pun dah macam ni. Dah la aku ni malas belajar, result teruk. Nanti degree sampah, dapat kerja apa? Angkat sampah? Cukup ke nak sara diri? Cukup ke nak mulakan family? Kena ada backup plan ni.

Hish.. makin fikir makin takut. Baik jangan fikir. Hehehe. Ni semua minyak punya pasal.

Monday, 19 May 2008

Mati Bermaruah

(Dipetik daripada Blog Ujang (Creative Enterprise)

HAK MILIK KARYA INTELEK

Posted in Uncategorized by Ujang on the April 10th, 2008

Sejak beberapa tahun lalu saya sudah memulakan kempen hak milik karya intelek agar di perjuangkan dan di ambil perhatian.Hanya seketika Rangkaian televisyen Nasional mengiklankan tentang usaha yang serupa dan menghebahkan betapa perlunya hakmilik karya intelek ini di beri perhatian.Beberapa kempen penerangan di jalankan dan kaunter khidmat nasihat serta rundingan berkenaan Intelect property ini di ujudkan dalam beberapa ekspo perdagangan yang saya hadiri….dan kini ianya beransur-ansur senyap sebagaimana kempen-kempen yang lain di malaysia yang lemah dari segi penguatkuasaan.Namun saya akan tetap bercakap dan terus bercakap di setiap ruang dan kesempatan tentang perlunya hak-hak pengkarya ini di lindungi dan di ambil perhatian baik melalui media cetak mau pun elektronik kerana di zaman ini perompak sudah berani merompak secara terang-terangan dengan memanipulasi undang-undang.Lawan tetap lawan biar pun kita akan mati sebagai seorang yang miskin. Lebai suman dah pesan-`Biar mati miskin tapi bermaruah dpd mati kaya tapi semua duit rasuah`

*Artikel ini adalah hakmilik penulis asal, Ujang.

p/s: Aku suka ayat yang last tu:

Photobucket

Wednesday, 16 April 2008

Aku Benci England!!

Aku bukan bercakap pasal team bola England. Aku memang tak suka negara ni. Companies banyak menipu. Mulut manis. Customer always right konon. Rakyat dia jahat. Dah la dulu merompak Malaysia. Siapa kata hujan batu di negeri sendiri? Tadi dengan semalam ada je hujan batu turun kat Sheffield...