Korang rasa menarik ke gambar ni?
hmm Memang tak menarik pun..
Sempena musim panas yang menjelang, Amru n d gang telah pun mengepalai majlis BBQ di rumahnya. Agak ramai manusia yang hadir, dan mungkin sebab itu jugaklah makanan tidak berapa cukup (salah budget). Ataupun mungkin wujud individu yang makan banyak. Mungkin... Menunya macam biasa lah, ayam etc. Apa yang menarik adalah aktiviti sosial seperti BBQ ni dapat memberi peluang warga warga Sheffield bertanya khabar sebab dah lama tak nampak muka - tak tau la apa sebabnya he he he. Itu la yang best sebenarnya. Dan aku pun sedar bahawa ada beberapa manusia yang aku sendiri pun tak kenal - terutama budak-budak 1st year... Thanks kepada pihak organizer dan Izad yang merakam gambar (sampaikan muka aku meng 'ngap' ayam pun ada...
Dua hari lepas, aku check minyak hitam. Kering rupa-rupanya. AKu pun macam biasa pergi ke Halfords membeli minyak hitam. Ingatkan nak beli cap Halfords je, tapi ada pulak Castrol ni offer 20% - jadi sama harga. Sambar je la. Sekali dengan oil filter. Ingatkan semua berjalan lancar dengan kelengkapan yang ada.. Malang sekali rupa- rupanya drain plug nut aku loose. Rugi minyak mahal yang aku baru tuang. Disebabkan itu aku terpaksa bekejar naik bas pukul 345 dengan kereta tersadai kat belakang Holbery Close. Risau jugak sebab tools semua ada dalam kereta. Habis je kerja aku pun mintak tolong Kazman tolakkan Civic aku ke depan. Dengan jasa baik basikal Amru, aku pun berkayuh ke Halfords untuk nak beli drain plug baru petang itu jugak. Memang penat. Bila semua barang dah ada aku pun mem projek kan kereta aku tu dengan bantuan Pijo (dia kena hantar projek final year besok hehehe). Akhirnya siap jugak la proses menukar minyak hitam untuk K262 OWS.
Zahuri ajak geng geng bujang makan di rumahnya. Menu utama laksa Sarawak oleh Kak Pah. Ada juga persembahan muzikal ala kadar. Zahuri telah menyampaikan tazkirahnya sehingga pukul 8 malam - dan selepas itu barulah aku, Kazman, Pijo, De'e, Tengku, Lokman & Sam dapat balik. Terima kasih kepada Zahuri dan Kak Pah.