Last working day for this academic year for me. Stil got 23rd June but I wont be in England. 'Kaz' received his hadiah kenang- kenangan today. He is the only 1st-batch part-time cleaner left; and now he is leaving. Hail.
See you in October 2008.
Ha ha ha.. aku masih ingat tahun 2002, masa aku form 5, lagu lagu minah ni asyik kedengaran di radio dan jugak di walkman member- member sekolah. Siapa dia? Avril Lavigne. Umur sebaya dengan aku. Sebab tu kot aku boleh tersangkut.. Xde la, lagu dia pun boleh tahan jugak best - walaupun minah ni agak poyo. Imej punk la, skate la. Aku x peduli, asalkan dia cun huhuhu.. (solek atau tak belakang kira!).
Dua tiga tahun lepas tu, boleh dikatakan setiap album dia aku ada. Walaupun aku beli cetak rompak, tapi boleh dikatakan setiap yang rare track mahupun records yang wujud sebelum dia jadi artis pun aku ada. Boleh dikatakan semua lagu dia aku "tahu". Cuma satu je belum - tengok performance live. Dan tahun 2008 ni, dapat jugak aku merasa. Aku sebenarnya pelik kenapa tour ni lambat datang UK sebab kat Europe countries lain dia lama dah pegi. Tapi xpe, yang penting dapat. Kitorang pilih Birmingham - NEC Arena. Sebab? Sebab tarikh dia. Nak ambik yang lain takut clash dengan exam - bebudak ni la, aku takk..
Dengan alasan konsert ni la aku 1st time driving jauh dengan kereta aku. Kebetulan pulak (seperti pos sebelum ni) ekzos aku buat hal. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Keempat- empat manusia yang terlibat termasuk aku masih lagi bernyawa dengan sihat walafiat.
Kerana terlalu rushing untuk pergi konsert Avril Lavigne, aku dengan pantas terus menuju ke Tinsley semata- mata nak betulkan ekzos kereta aku yang bunyi dah macam kereta rally (haritu bunyi kereta sport); dengan hanya berbekalkan tenaga daripada satu mangkuk cereal. Si Redza aka mekanik tu agak bagus jugak servisnya - jenis tak mengetuk customer. Dia siap tunjuk aku tempat scrapyard Rotherham supaya aku boleh pergi & dapatkan wheel nut. Oh ye, dia juga sempat tolong aku cabutkan 2 locking nuts yang memang sedia ada pada tayar-tayar sebelah kiri. Tak taulah memang sebab dia baik ataupun sebab nak suruh aku datang lagi tempat dia. Tapi secara general dia memang ok la. Aku datang sini pun sebab geng- geng Tinsley yang rekemen.
Semalam aku betul- betul terasa malas. Maka terus tercipta satu wallpaper untuk menyedarkan diri sendiri. Kepada kawan- kawan yang ada rasa malas menebal dalam jiwa, sila- sila la menggunakan wallpaper ni. Tiada hakcipta. Maaf bahasa agak kasar. Memang kena "kasar" sikit untuk orang- orang degil huhuhu..
*aik.. malas- malas pun rajin buat wallpaper yek....
Sungguh takde idea nak tulis apa.. Ni semua benda- benda mengarut yang aku snap pakai kamera handphone time bosan & tak tau nak buat ape.. Ala aku bukan pandai sangat pun ambik gambar..
Hmm.. kat sini aku kumpulkan koleksi koleksi makan yang dah tertinggal sebab banyak sangat gambar aku ambik. Gambar gambar ni saja je nak buat kenang- kenangan sebab makin hari makin ramai kawan kawan blah...
Tempat-tempat makan ni semua kat Sheffield. Semua tempat dalam gambar ni 1st time aku datang. Not bad jugak Sheffield ni sebenarnya. Kalau nak ikutkan, hobi selalu makan kat luar ni boleh mengopakkan duit. Aku pun xde la suka sangat cuma dah orang ajak, pergi je la kan.. aku pun memang gemar melepak- lepak nih.. dan maka tak lama lagi kopaklah duit aku.. Aduss
Gambar ini diambil beberapa hari yang yang lalu menggunakan kamera D-SLR Kudo; ketika Kudo tengah tidur. Aku saje je ambik gambar ini tanpa ada motif tertentu. Korang boleh la saksikan barang - barang peribadi yang bersepah- sepah kat atas meja komputer (atau meja stadi??) aku. Cuba korang bayangkan, kalaulah aku ni artis pop popular Hollywood, mesti dah jadi cover depan majalah~ hehehe..
(Dipetik daripada Blog Ujang (Creative Enterprise)
Sejak beberapa tahun lalu saya sudah memulakan kempen hak milik karya intelek agar di perjuangkan dan di ambil perhatian.Hanya seketika Rangkaian televisyen Nasional mengiklankan tentang usaha yang serupa dan menghebahkan betapa perlunya hakmilik karya intelek ini di beri perhatian.Beberapa kempen penerangan di jalankan dan kaunter khidmat nasihat serta rundingan berkenaan Intelect property ini di ujudkan dalam beberapa ekspo perdagangan yang saya hadiri….dan kini ianya beransur-ansur senyap sebagaimana kempen-kempen yang lain di malaysia yang lemah dari segi penguatkuasaan.Namun saya akan tetap bercakap dan terus bercakap di setiap ruang dan kesempatan tentang perlunya hak-hak pengkarya ini di lindungi dan di ambil perhatian baik melalui media cetak mau pun elektronik kerana di zaman ini perompak sudah berani merompak secara terang-terangan dengan memanipulasi undang-undang.Lawan tetap lawan biar pun kita akan mati sebagai seorang yang miskin. Lebai suman dah pesan-`Biar mati miskin tapi bermaruah dpd mati kaya tapi semua duit rasuah`
*Artikel ini adalah hakmilik penulis asal, Ujang.
p/s: Aku suka ayat yang last tu:Dua hari lepas, aku check minyak hitam. Kering rupa-rupanya. AKu pun macam biasa pergi ke Halfords membeli minyak hitam. Ingatkan nak beli cap Halfords je, tapi ada pulak Castrol ni offer 20% - jadi sama harga. Sambar je la. Sekali dengan oil filter. Ingatkan semua berjalan lancar dengan kelengkapan yang ada.. Malang sekali rupa- rupanya drain plug nut aku loose. Rugi minyak mahal yang aku baru tuang. Disebabkan itu aku terpaksa bekejar naik bas pukul 345 dengan kereta tersadai kat belakang Holbery Close. Risau jugak sebab tools semua ada dalam kereta. Habis je kerja aku pun mintak tolong Kazman tolakkan Civic aku ke depan. Dengan jasa baik basikal Amru, aku pun berkayuh ke Halfords untuk nak beli drain plug baru petang itu jugak. Memang penat. Bila semua barang dah ada aku pun mem projek kan kereta aku tu dengan bantuan Pijo (dia kena hantar projek final year besok hehehe). Akhirnya siap jugak la proses menukar minyak hitam untuk K262 OWS.
Zahuri ajak geng geng bujang makan di rumahnya. Menu utama laksa Sarawak oleh Kak Pah. Ada juga persembahan muzikal ala kadar. Zahuri telah menyampaikan tazkirahnya sehingga pukul 8 malam - dan selepas itu barulah aku, Kazman, Pijo, De'e, Tengku, Lokman & Sam dapat balik. Terima kasih kepada Zahuri dan Kak Pah.