Ashtray ni sangat cepat penuh... kenapa ye?
Monday, 28 April 2008
Saturday, 26 April 2008
Projek Membasuh Kereta
Hari ni cuaca best. Panas & berangin. Ku pun pergi ke Wilkinson membeli alat alat membasuh kereta. Habis semua aku beli dari paip getah sampai ke barang barang polish. Memang best basuh kereta, macam kat Malaysia rasanya huhu..
....dan petang tu aku pun menggonjengkan rambut jadi macam McLovin ha ha ha... siut
Makan- Makan di Netherthorpe
Pada hari yang cerah ni, Raiedzall telah mengorganisasikan majlis sambutan hari lahir anaknya Saffiyah (kakak)untuk kali ke berapa tah aku pun tak tau. Tapi menunya memang best. Gua caya sama lu brader.Tengkiu la sebab ajak datang mengabihkan ayam. Gambar yang sempat dirakam:
P/S: Aku terpaksa balik awal sebab nak basuh kereta.
Friday, 25 April 2008
Parti Aiskrim
Wednesday, 23 April 2008
Tuesday, 22 April 2008
Mesin WETROK
Wetrok ni mesin buatan German yang tugasnya menye crub lantai. 3 fungsi utama adalah mengeluarkan air, menggosok dan juga menyedut air kotor itu semula. Aku telah menggunakan mesin ini sejak pada awal tahun 2008 walaupun telah bekerja selama 2 tahun. Ini adalah disebabkan fenomena senioriti. Pengalaman pahit adalah sewaktu aku cuba memandu merentasi 2 tiang di B POD. Malangnya bar penyedut air (wiper) tersangkut lalu bengkok. Collin menyuruh Stuart membeli yang baru. Rupa rupanya Stuart pernah melakukan kesilapan yang sama hahahha. Mesin ini agak best sebab ada enjin sendiri - kita tidak perlu menolak menggunakan tenaga sendiri seperti mesin CleanTime ataupun mesin scrubber RGS. Walaubagaimanapun, penat tetap akan terasa kerana perjalanan sepanjang hari menggunakan mesin ini akan mengambil jarak yang sangat panjang - seperti balik rumah dan patah balik berulang ulang kali. Jikalau mesin ini rosak, maka jenuh la semua orang nak kena mop satu bangunan. Di kalangan pekerja Hubs, WETROK telah dijadikan kata kerja. Contoh ayat: "Kaz will do the wetroking". Video stunt Collin boleh ditonton di bawah:
Irama Dangdut
Tiba tiba aku rasa minat pulak dengar lagu lagu dangdut. Kalau dapat woofer box dalam kereta best ni. Layan lah video di bawah. Ditujukan khas kepada Raiedzall.
Saturday, 19 April 2008
Mekanik beraksi kembali
Aku telah menempa sejarah mekanik DIY. Bekerja secara solo membaiki cermin yang pecah dan pintu yang bengkok selama 4 jam setengah di luar garaj rumah Kudo yang sejuknya boleh tahan jugak la... 5-6 kali masuk toilet. Aku telah menggunakan alat alat tradisional seperti chinning bar untuk men-nyah-bengkokkan pintu yang bengkok. Orang ramai lalu lalang mengangga aku seperti pencuri kerana dressing pun lebih kurang (pakai snow cap - sejuk woo). Alhamdulillah, akhirnya berjaya.
Friday, 18 April 2008
Akhirnya Berjaya Siapkan Benda Ni
Berjaya jugak akhirnya menukar rupa blog aku ni kepada yang aku nak. Hampir 3 hari punya usaha ni. Ok la tu, mula daripada buta HTML.. Try & error je la yang banyak. Atau orang melayu kata "cuba dan jaya" (banyak gagal je sebenarnya - heh). Ha ha.. aku dah tau sikit sikit pasal HTML. Tahniah pada diri sendiri!
Thursday, 17 April 2008
Wednesday, 16 April 2008
Aku Benci England!!
Aku bukan bercakap pasal team bola England. Aku memang tak suka negara ni. Companies banyak menipu. Mulut manis. Customer always right konon. Rakyat dia jahat. Dah la dulu merompak Malaysia. Siapa kata hujan batu di negeri sendiri? Tadi dengan semalam ada je hujan batu turun kat Sheffield...
Monday, 14 April 2008
Kenapa??
945am aku bangun tidur, Farid bagi tau aku yang kereta aku kena pecah. Terdiam sekejap, terus tengok luar tingkap. Tak tahu nak kata apa, aku turun bawah isap rokok sebatang - tengok kereta lebih kurang je. Amru datang, suruh buat report, then aku pun macam biasa check spare part online.
Yang paling aku x faham kenapa manusia manusia macam ni wujud. Dia x pernah nak fikir perih jerih orang lain cari rezeki. Nasib baik aku tenang je hari ni. Thanks Kudo sebab bagi aku pinjam garage dia sebab lepas ni nak kena simpan kereta tu sementara barang sampai. Oh ye, thank jugak pada Kazman sebab bagi pinjam kad kredit dia (kali kedua).
Sedih... ada la hikmah kot. Harap -harap. Subhanallah
Sunday, 13 April 2008
Makan di Noodle Inn
Bila? Bila? Bila?
Sunday, 6 April 2008
Besday Aku
Saturday, 5 April 2008
theSheffieldGig2008
Satu- satunya event yang best di Sheffield. Tak ada yang lain dah. Sebagai penjual tiket aku dah rasa dah tak berapa ramai orang. Memang betul- tak macam tahun lepas. Nasib baik break even. Crowd xde la best sangat macam tahun lepas. Semua macam kayu je. Balik balik muka sama je yang mosh. Tapi bila hujan main dasat jugak orang melompat. Maklumlah artis.
Secara overall biasa la, gig, - macam tu la jugak. Lompat lompat lebih kurang, Waq punya system kali ni xde problem, awek 2-3 orang tu ada la. Jantan je ramai. Mizi jual burger+air bal bla bla. Nak letak gambar pun banyak sangat. Letak je la mana mana yang ada ni... layan...
Yang ni pulak aku rembat dari blog Kudo. Gambar HUJAN perform. Malas la nak edit sendiri haha
Best kan Sheffield Gig? Tahun depan kalau ada lagi belilah tiket awal awal. Tapi bukan aku la yang jual kot. Suruh SHEMUBROJA cari AJK lain hehehe.
Friday, 4 April 2008
Hari Last Kerja Pagi
Thursday, 3 April 2008
Wednesday, 2 April 2008
Latihan Berkugiran Sempena GiG 2008
"Sham pegi Scandinavia la.."
"Aku tak boleh seminggu ni, ada Careers Fair"
"Aku pun.."
Tak tahulah apa nasib band yang ahlinya busy memanjang je. Maklumlah, benda benda yang tak boleh nak elak. 3 hari sebelum gig, barulah semua kaki ada - so Kudo mengarahkan kitorang semua ke Attic - studio yang asalnya bangunan kilang. Horror jugak kawasannya.
Lepas abis belasah semua lagu, kitorang pun balik- unload barang then makan kat Lahore London Road aka tempat kegemaran Kudo. Sekian sahaja cerita jamming.
Peristiwa Menyakitkan Hati
Selasa- aku terpaksa kerja triple- DLA, Hallam, RGS. So aku terpaksa bangun seawal pukul 4 pagi. Disebabkan nak elak kena bayar parking, aku decide xmahu bawak kereta pagi tu. Terpaksa la naik basikal walaupun hujan. Sabar je la. Yang paling menyakitkan hati, balik je dari kerja pukul 11 lebih, tengok side mirror belah kiri patah! Memang panas betul. Aku kerja macam nak mampus cari duit nak pakai kereta, ada je orang senang senang patahkan- dah la hari tu aku penat gila. Terus aku cabut side mirror tu- pegi Wickes beli tools + gam epoxy dan terus gam balik. Tak termampu nak beli baru (even 2nd hand!). Sabar je la. Mintak -mintak tak ada apa apa lagi yang jadi lepas ni.